Saturday 8 June 2013

Masjid Biru Mazar-i-Sharif Antara Masjid Yang Tercantik Di Dunia.


Masjid Biru Mazar-I-Sharif ialah antara masjid yang tercantik di dunia. Ianya dianggap suci oleh sesetengah penganut Syiah yang percaya ianya merupakan makan kepada Saidina Ali. Menurut lagenda, jasad Saidina Ali digali semula dan dilarikan ke timur selama beberapa minggu di atas seekor unta. Jasad kalifah ke-4 Islam ini digali semula kerana pengikut beliau percaya musuh-musuh mereka akan memusnahkan jasad Ali sekiranya ia dibiarkan ditanam di Najaf Iraq. Selepas mearikan diri selama beberapa minggu, unta yang membawa jasad Ali mati kepenatan dan jasad Ali ditanam diBalkh Afghanistan secara rahsia dan kemudian dilupakan.

Pada kurun ke-12 seorang Mullah berkata beliau bermimpi didatangai Saidina Ali yang menunjukkan lokasi makan beliau. Masjid Biru kemudian dibina di atas lokasi yang diberikan melalui mimpi ini. Selain menjadi makan Saidina Ali, masjid ini juga terkenal dengan merpati putih yang dibela di perkarangan masjid. Ianya juga menjadi sebahagain kecil kawasan awam yang membenarkan kaum wanita membuka purdah mereka tanpa perlu risau diambil tindakan.






No comments:

Post a Comment