Thursday, 28 February 2013

Kerana Ketagih Judi Dirantai Bapa !



PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.

Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah.

Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

“Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya,” katanya.

Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera.

Pencipta Kamera Pertama di Dunia Ternyata Adalah Seorang Muslim

Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.” Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.


Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia.Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari.

Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.


Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara harfiah diertikan sebagai ”ruang gelap”. Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton.


“Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.


Kitab al-Manazir

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.



Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).




Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827.


gambar kekal pertama yang dirakam di dunia

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.

Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.



Peraturan Pelik yang dicipta Manusia

Peraturan Pelik yang dicipta Manusia. Sesuatu peraturan dicipta untuk dipatuhi. Apekepelik! bila ada undang-undang aneh dan tak masuk akal telah diamalkan di beberapa negara di dunia ini. Dinamakan manusia, memang banyak ragamnya. Beberapa undang-undang aneh dan peraturan pelik ini, ada antaranya agak lucu, ada juga yang menakutkan. Apa yang pasti, dunia semakin maju, harap-harapnya di Malaysia tidak tercipta peraturan pelik dan undang-undang aneh seperti yang dikuatkuasakan di beberapa negara besar di dunia ini. Pelik dan Aneh tetapi Benar!



Peraturan Pelik dan Undang-undang Aneh yang dicipta Manusia

Undang-undang pelik di Arizona Amerika

  • Dilarang memandu tanpa kasut.
  • Dilarang bermain domino di hari Minggu.
  • Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
  • Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
  • Dilarang memandu dengan mata tertutup.


Peraturan Pelik di Singapura

  • Dilarang berjalan sambil berbogel
  • Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.


Peraturan Pelik di Alaska

  • Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
  • Dilarang memberi minum bir pada rusa.
  • Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.


Undang-undang Aneh di Arkansas 

  • Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
  • Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
  • Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
  • Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.


Peraturan Pelik di Thailand

  • Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.


Undang-undang pelik di United Kingdom

  • Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
  • Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.


Peraturan Aneh di Mexico 

  • Dilarang memaki di tempat umum.
  • Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.


Undang-undang pelik di Swiss

  • Dilarang berkebun di hari minggu.


Peraturan Aneh di Sweden

  • Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.


Undang-undang Aneh di Korea

  • Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.


Undang-undang pelik di Kanada

  • Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
  • Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
  • Dilarang memanjat pokok.


Undang-undang Aneh di Australia

  • Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
  • Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.


Peraturan pelik di Yunani

  • Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.


Peraturan Pelik di Perancis

  • Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.


Undang-undang Aneh di Israel

  • Dilarang memelihara Khinzir di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.


Undang-undang pelik di California

  • Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.


Peraturan Pelik di Colorado

  • Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.


Undang-undang Aneh di Connecticut

  • Dilarang mencium isterinya di hari minggu.


Undang-undang Aneh di Florida

  • Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
  • Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6.
  • Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

Pelik dan Aneh tetapi Benar! Itulah diantara Peraturan pelik dan undang-undang aneh yang telah diciptakan oleh manusia dan diamalkan di beberapa negara di dunia ini. Rasanya Peraturan dan Undang-undang di Malaysia telah memadai, cuma dulu ada juga peraturan Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang, tapi tidaklah melampau peliknya.


[KEJAM] Budak 12 Tahun Diberi Snack Sebelum Di Tembak


Gambar yang menunjukkan saat terakhir sebelum seorang kanak-kanakberusia 12 tahun dibunuh oleh tentera Sri Lanka, tersebar. Melalui gambar tersebut, terungkap bahawa kanak-kanak lelaki tersebut sempat diberi makanan sebelum ditembak mati.

Gambar kanak-kanak yang bernama Balachandran Prabhakaran, anak pemimpin pemberontak Harimau Tamil, Velupillai Prabhakaranini, diambil pada Mei 2009 lalu, tengah berlaku konflik besar-besaran antara kerajaan Sri Lanka dengan kumpulan pemberontak Tamil.

kerajaan Sri Lanka selama ini mendakwa bahawa Balachandran mati dalam tembak-menembak antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak. Namun kewujudan gambar tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut ternyata dihukum mati secara keji oleh tentera Sri Lanka. Demikian seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (20/2/2013).

Gambar pertama menunjukkan Balachandran yang sedang ditahan tentera Sri Lanka, duduk di sebuah bangku sambil memakan snack.kelihatan gambar kanak-kanak ini hanya berseluar pendek.

Namun gambar di bawah benar-benar memilukan hati. Balachandran kelihatan terbaring di tanah dalam keadaan tidak bernyawa,dan kelihatan luka tembakan di dadanya.

Menurut hasil pemeriksaan, terdapat 5 luka tembakan di bahagian dada Balachandran. Dari lukanya, budak tersebut ditembak dari jarak dekat. Pekara membuktikan kerajaan Sri Lanka yang menyatakan bahawa Balachandran mati dalam adengan tembak-menembak adalah palsu.

Gambar-gambar Balachandran ini dipaparkan dalam filem dokumentari berjudul 'No Fire Zone' yang diterbitkan oleh pengarah Callum MacRae. Menurut MacRae, foto-foto tersebut menjadi tamparan bagi kerajaan Sri Lanka.

"Gambar-gambar itu menunjukkan ketika dia dalam tahanan, dan bahkan sempat diberi makanan, sebelum akhirnya dibawa dan dilaksanakan hukuman secara keji," terang MacRae.

Pihak tentera Sri Lanka menyatakan dengan kesal insiden itu. Menurut jurucakap tentera Sri Lanka, Brigadier PR Wanigasooriya, pihaknya selalu dituduh melakukan pembunuhan dan pencabulan hak asasi manusia, namun tidak pernah ada bukti yang menyokong tuduhan tersebut.

"Tidak ada bukti kuat yang membuktikan tuduhan tersebut yang mampu membuat kami melakukan siasatan," katanya.

-

Kesian Budak 6 Tahun Tinggal Seorang Diri Dipulau Orang Kampung

Ah Long, yang tinggal di wilayah Guangxi di China kehilangan kedua ibu bapanya akibat AIDS dan terpaksa tinggal keseorangan. Kanak-kanak ini terpaksa melalui kehidupan dengan berdikari sendiri seperti membasuh baju, memasak dan belajar.


Neneknya yang berusia 84 tahun ada menanam sayur-sayuran untuk dijadikan makanan kanak-kanak malang ini dan kadang-kadang memasak untuknya namun neneknya tidak akan tinggal bersamanya.

Masyarakat di sekelilingnya, termasuk pihak sekolah berdekatan memulau dan tidak membenarkannya bersekolah di situ hanya kerana dia pembawa virus HIV dan ibu bapa pelajar lain mengugut untuk membunuhnya jika dia menghampiri anak-anak mereka. Doktor pula enggan untuk merawatnya.

Satu-satunya teman yang ada bersama menemaninya hanyalah anjing peliharaannya yang bernama Lao Hei.


Jabatan kebajikan masyarakat juga menolak tanggungjawab untuk menjaga budak ini dan wang saraan yang diberi iaitu sebanyak 70 yuan (kira-kira RM34) sebulan tidak mencukupi untuk menampung hidupnya.

Rasa sangat kasihan dan sedih bila dengar cerita tentang kanak-kanak ini padahal dia tidaklah diminta untuk dilahirkan mendapat penyakit sedemikian rupa.


Namun masih ada harapan untuk kanak-kanak ini kerana cerita kanak-kanak malang ini telah mendapat liputan yang agak meluas dan dikhabarkan ada keluarga yang sanggup untuk mengambilnya menjadi anak angkat. Tapi setakat ini tiada apa perkembangan terbaru.

PANAS!!! Aksi Pelajar Sekolah Yang Sungguh Memalukan

SUNGGUH MEMALUKAN: seorang pelajar perempuan dengan tanpa rasa malu membenarkan seorang pelajar lelaki untuk memegang teteknya. Bukan sahaja diraba, malah turut dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh seorang lagi rakan.

Sungguh memalukan lagi apabila perempuan tersebut boleh tersenyum apabila adegan tidak senonoh mereka dirakam didalam kelas. Rakaman video selama seminit tersebut turut di “upload” ke youtube.

Betapa murahnya maruah diri pelajar perempuan terbabit apabila sewenang-wenangya memberikan tetek untuk dipegang kepada kaum lelaki. Apa nak jadi dengan budak sekolah zaman sekarang ni, kerana perbuatan tersebut agak memalukan kaum perempuan. -informasi



Wednesday, 27 February 2013

Inilah Sebabnya Adam Corrie Lee Abdullah Memilih Islam


Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.
Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman.

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga Cina yang menganut agama Budha.
Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.
Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah.
Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun.
Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh memeluk Islam?

  1. Kaabah. - saya suka tengok Kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
  2. Bersahabat baik dengan anak Ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
  3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup.
  4. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik kepada fitrah.
  5. Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur; "Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."
  6. Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.
  7. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu.
Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu. Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya

Alhamdulillah

Monday, 25 February 2013

Majalah Playboy Untuk Orang Buta

 


Majalah playboy khas untuk orang buta telah di cipta, lengkap dengan tulisan braille dan gambar timbul membentuk anatomi tubuh lelaki dan wanita dengan pose menghairahkan.


Dalam majalah itu terdapat 17 gambar bertekstur. Di antaranya, menampilkan gambar wanita tanpa pakaian dan juga gambar lelaki sasa yang tidak berpakaian. 



Lisa Murphy


Majalah ini dicipta oleh Lisa Murphy, dan diberi nama 'Tactile Minds'. Majalah yang direka bentuk untuk dinikmati oleh orang yang cacat penglihatan atau buta, ini boleh didapati dengan harga £150.

Lisa Murphy, wanita berasal dari Canada ini mengatakan, ia menciptakan majalah ini kerana "Ketika ini, belum ada majalah dewasa khusus yang menampilkan gambar model tanpa berpakaian dengan bentuk tactile (mampu dirasa)," katanya.

"Kami cuba untuk mengubah keadaan itu. Majalah 'Playboy' sudah memiliki edisi dengan tulisan braille, tapi belum ada edisi yang menampilkan gambar inilah satu-satunya", ujarnya lagi

Permandangan Yang Luar Biasa di China

Demi menampung kehidupan seharian, pemandu China sanggup mengetepikan undang-undang jalan raya atau pun keselamatan diri.

Lelaki ini terpaksa menolak basikalnya untuk menghantar ratusan botol ke kilang kitar semula di Shanghai.


Di sekitar bandar di negara itu, pemandangan kenderaan seperti pikap, lori mahu pun basikal mengangkut barangan melebihi muatan adalah perkara biasa.

Pihak berkuasa negara itu berkata, kebanyakan penduduk di negara tersebut sanggup menggadai nyawa membawa muatan penuh di kenderaan masing-masing sebagai menjimatkan kos dan masa.

“Barang biasa dibawa melebihi had seperti sampah, botol kosong, jerami padi dan kayu,” katanya.

Menurutnya, perkara itu menjadi kebiasaan penduduk terutamanya di wilayah Shanghai, Shouguang dan Huai-an.

“Kami sudah jelak mengeluarkan denda kerana mereka tidak mampu membayar saman dan perkara itu terlalu banyak berlaku di bandar tersebut.



Sebuah lori pikap sarat membawa gegelung plastik di Guiyang.


Sebuah keluarga berkongsi kenderaan bersama timbunan sampah di Taiyuan

.

KEJAM: Bapa Sanggup Terajang Anak [Video]


Memang kesian giler kat budak tu.. Bapak dia terajang dua kali tanpa belas kasihan. Mungkin sebab budak tu jalan lambat. Kesian beb.. Boleh patah tulang kene terajang kuat macam tu. Mak dia pun tak boleh buat apa-apa. Mungkin sebab takut dengan laki dia yang jahanam tu. As usual, benda ni berlaku kat China.

Saturday, 23 February 2013

(SERAM!) Kisah Mayat Berjalan Di Sulawesi ?



INDONESIA yang dihuni pelbagai etnik sememangnya terkenal dengan upacara berunsur mistik. Antara adat unik tersebut ialah ritual ‘mayat berjalan’ yang dipanggil ma’nene yang masih diamalkan oleh etnik Baruppu yang mendiami Tana Toraja di Sulawesi Selatan.

Etnik pribumi yang mendiami kawasan Pergunungan Sesean ini menganggap semangat ahli keluarga yang telah mati akan kekal bersama ahli keluarga yang masih hidup. Lantaran itu, mereka sangat menghormati mayat.

Menurut ketua masyarakat Baruppu, Pongtiku, ma’nene merupakan ritual khas untuk memuliakan mayat dan mengenang jasa si mati. Ia diadakan setiap tiga tahun sekali.

“Waris si mati akan menurunkan keranda ahli keluarga mereka dan menjalankan beberapa ritual khusus tanda memuliakan mayat.

“Mayat kemudiannya dibersihkan, dibawa berjalan pulang ke rumah dan dipakaikan pakaian baharu,” katanya.

Upacara ma’nene dipercayai mula diamalkan ratusan tahun dahulu oleh seorang pemburu binatang bernama Pong Rumasek.

“Satu hari, ketika Pong berburu di hutan tebal, dia terjumpa dengan rangka mayat. Oleh kerana simpati dengan keadaan mayat yang tidak terurus, dia membungkus mayat tersebut dengan baju yang dipakainya.

“Selepas itu, mayat itu diletakkan di tempat yang lebih sesuai.

“Sejak itu, rezeki Pong melimpah-ruah. Setiap kali keluar berburu, dia tidak pernah pulang dengan tangan kosong, malah hasil tanamannya semakin menjadi.

“Pong juga dikatakan sering ditunjukkan di mana tempat persembunyian haiwan buruan oleh mayat yang pernah dibantunya itu.

“Sejak itu, Pong beranggapan, mayat yang sudah tinggal tulang-belulang juga perlu dimuliakan dan itu adalah amanatnya yang menjadi pegangan kaum Baruppu hingga ke hari ini,” jelas Pongtiku.

Bagi waris yang mahu melakukan upacara ma’nene, persiapan dilakukan sejak awal pagi lagi.

Seperti Tumonglo, seluruh ahli keluarganya akan berkumpul di rumah sehari sebelum ma’nene untuk membuat persiapan.

“Sebelum mayat dibawa pulang ke rumah, kami perlu menyembelih kerbau dan babi terlebih dulu.

“Upacara ini diraikan bukan sahaja sesama keluarga tetapi dengan seluruh penduduk kampung,” ujarnya.

Jelas Tumonglo lagi, walaupun ada dalam kalangan ahli keluarganya sudah memeluk agama Kristian, mereka masih kuat berpegang kepada adat Baruppu.

“Mereka tetap hadir untuk menghormati upacara ini. Walaupun tidak terlibat secara langsung, sekurang-kurangnya mereka masih datang untuk meraikan ahli keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya.

Selesai menyembelih kerbau dan babi pada awal pagi, sebahagian besar ahli keluarga akan pergi ke kawasan perkuburan di tebing gunung batu Tunuan bagi menunggu keranda milik datuk Tumonglo yang meninggal dunia tahun lalu dibawa turun.

“Kerja menurunkan keranda dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkannya daripada terjatuh. Sebarang kecuaian boleh merosakkan keadaan mayat di dalamnya, ” ujar lelaki ini.


Sementara itu, di bawah tebing kubur, waris-waris lelaki akan berganding tangan membentuk bulatan sambil meratib ma’bong bagi mengiringi keranda yang diturunkan.

“Ma’bong adalah satu lagu yang melambangkan ratapan sedih ahli keluarga yang ditinggalkan si mati.

“Bait-bait liriknya juga memberi semangat kepada waris yang masih hidup untuk lebih bersemangat selepas ketiadaan si mati,” katanya.

Sebaik sahaja keranda kusam berbungkus kain merah itu mencecah papan pelantar, jasad mayat datuk Tumonglo dikeluarkan.

“Sebaik sahaja dikeluarkan, mayat akan diletakkan dalam posisi berdiri sebelum dibawa berjalan pulang ke rumah.

“Sesampainya di rumah, rangka akan dibersihkan menggunakan berus halus.

“Dalam upacara ma’nene, waris mesti memastikan mayat tidak mencecah tanah dalam apa keadaan sekali pun. Itu pantang larangnya.

“Apabila mayat sudah bersih, pakaiannya digantikan dengan persalinan baharu. Tahun ini, saya memilih kemeja batik serta sepasang sut berwarna hitam untuk datuk.

“Selepas semuanya selesai, mayat akan terus dibiarkan berdiri. Jika si mati itu adalah orang tua, anak-anak akan pergi kepadanya dan memberi tunduk hormat.

“Jika si mati masih mempunyai ibu bapa, mayat akan dibawa berjalan untuk menghadap orang tuanya bagi mendapatkan sembah restu dan memohon doa,” katanya lagi.

Proses Pembuatan Beg Tangan Daripada Kulit Ular Di Indonesia (13 Gambar)



Tahun ini 2013 ialah merupakan Tahun Ular mengikut kalender Cina. Atas faktor ini, hidangan eksotik daripada ular seperti sup ular menjadi pilihan masyarakat penganut Buddha bagi memperoleh kesihatan dan nasib yang baik. Selain di buat sup, kulit ular juga boleh di jadikan aksesori seperti beg tangan bagi golongan wanita. Misalnya di Indonesia, Kampung Kapetakan, Ciribon wilayah Jawa Barat di Indonesia merupakan lokasi utama pembuatan beg tangan daripada kulit ular. Ular dewasa yang terpilih dari spesies tedung, sawa, batik merupakan antara spesis ular yang menjadi pilihan untuk di buat beg tangan kerana kulit ular ini tahan lama dan mempunyai corak yang cantik.

Sebagai permulaan, ular-ular akan di basuh dan kemudiannya akan di belah pada bahagian perut bagi mengeluarkan isi. Ular ini kemudiannya akan di rendam dengan air suam bercampur dengan garam bagi membuang bau hanyir. Setelah itu, ular-ular ini akan di salai di atas bara api dalam tempoh 13 ke 14 jam bagi mengeringkannya sebelum proses memisahkan kulit ular dilakukan. Setelah selesai proses memisahkan kulit ianya akan di jemur seketika dan kemudiannya akan di hantar ke kilang untuk di jadikan beg tangan. Kos pembuatan beg tangan ular ini ialah di antara $USD 15 (Rm 55) sehingga $USD 31 (Rm 116) bergantung kepada saiz. Sekarang mari lihat proses pembuatan beg tangan daripada kulit ular di Indonesia. 











Jurumekap Hollywood Hadiahkan Hidung Palsu



Wanita Indonesia Dapat Hidung Palsu | Jakarta – Seorang wanita Indonesia yang terpaksa hidup selama tiga tahun tanpa hidung, akibat dipotong oleh suaminya yang panas baran, kini mampu tersenyum semula.

Semuanya atas usaha Alec Gilis, yang juga seorang jurumekap kesan khas dari Hollywood.

Gillis berjaya mereka hidung palsu untuk Yustince, 30, yang dibuat mengikut acuan hidung wanita berkenaan.


Beliau yang pernah memenangi Oscar bagi solekan kesan khas, telah terlibat untuk filem-filem Hollywood termasuk Jumanji, Alien vs Predator dan Cast Away.

“Kebiasaannya saya menghasilkan solekan khas untuk menakutkan orang, namun kali ini saya gembira kerana solekan itu mampu menghilang parut di muka Yustince,’’ katanya.

Yustince dan Gillis dipertemukan oleh Grossman Burn Foundation iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang bukan bertujuan untuk mencari keuntungan.

Selepas hidung palsu itu siap, Gillis sanggup terbang ke Jakarta untuk memasang hidung berkenaan pada Yustince.

“Saya melihat mukanya dari dekat apabila cermin dihulurkan ke tangannya.

“Dia hanya mendiamkan diri dan membelek wajahnya daripada semua sudut. Kemudian terpancar senyuman yang saya lihat sama seperti senyuman Mona Lisa,’’ kata Gillis.

“Harrington menampilkan imej tersendiri. Biarpun rupanya nampak selekeh, namun dia memiliki gaya yang segak.

“Walaupun rambutnya panjang dan dia memiliki jambang, namun ia diuruskan dengan baik,’’ katanya.

Sumber

Wanita Bersetubuh Dengan Rangka Manusia ( 4 Gambar ).


Seorang wanita berusia 37 tahun dari Gothenburg, Sweeden kini ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan rangka manusia. Siasatan polis menunjukkan dia menggunakan 100 tulang manusia, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti seksnya.

Menurut laporan agensi berita Sweeden, TT, pihak polis telah menjumpai beberapa buah cakera padat (CD) yang bertajuk ‘My Necrophilia’ dan ‘My first experience’ serta beberapa keping gambar wanita itu bersama dengan tengkorak-tengkoraknya. Wanita tersebut telah didakwa di Makhamah Daerah Gothenburg semalam.

Bagaimanapun, dia telah menafikan segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan alasan bahawa dia bertindak mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai ‘koleksi sejarah’ semata-mata.

Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah menulis dalam forum internet beberapa tahun lalu bahawa;

” Moral saya hanya menghadkan apa yang saya ingin lakukan, justeru saya akan terima apa sahaja yang akan dikenakan terhadap saya.”

Beberapa keping gambar yang diambil dari bilik mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut disamping beg-beg membungkus mayat dan juga sebuah mesin gerudi. Namun, pihak polis masih tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa dia telah menggali mana-mana kubur untuk mendapatkan ‘koleksi sejarahnya’ itu.

Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.

” Terdapat beberapa keping gambar menunjukkan wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,” kata pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas kepada akhbar The Local di Sweeden.

“Kami dapati bahawa wanita itu adalah wanita yang sama seperti dalam gambar-gambar berkenaan, namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah gambarnya.

” Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar-gambar itu menerusi internet.”