Saturday, 23 February 2013

Jurumekap Hollywood Hadiahkan Hidung Palsu



Wanita Indonesia Dapat Hidung Palsu | Jakarta – Seorang wanita Indonesia yang terpaksa hidup selama tiga tahun tanpa hidung, akibat dipotong oleh suaminya yang panas baran, kini mampu tersenyum semula.

Semuanya atas usaha Alec Gilis, yang juga seorang jurumekap kesan khas dari Hollywood.

Gillis berjaya mereka hidung palsu untuk Yustince, 30, yang dibuat mengikut acuan hidung wanita berkenaan.


Beliau yang pernah memenangi Oscar bagi solekan kesan khas, telah terlibat untuk filem-filem Hollywood termasuk Jumanji, Alien vs Predator dan Cast Away.

“Kebiasaannya saya menghasilkan solekan khas untuk menakutkan orang, namun kali ini saya gembira kerana solekan itu mampu menghilang parut di muka Yustince,’’ katanya.

Yustince dan Gillis dipertemukan oleh Grossman Burn Foundation iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang bukan bertujuan untuk mencari keuntungan.

Selepas hidung palsu itu siap, Gillis sanggup terbang ke Jakarta untuk memasang hidung berkenaan pada Yustince.

“Saya melihat mukanya dari dekat apabila cermin dihulurkan ke tangannya.

“Dia hanya mendiamkan diri dan membelek wajahnya daripada semua sudut. Kemudian terpancar senyuman yang saya lihat sama seperti senyuman Mona Lisa,’’ kata Gillis.

“Harrington menampilkan imej tersendiri. Biarpun rupanya nampak selekeh, namun dia memiliki gaya yang segak.

“Walaupun rambutnya panjang dan dia memiliki jambang, namun ia diuruskan dengan baik,’’ katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment