Satu lagi post dari China. Kali ini kisah seorang remaja yang bertindak ganas memukul bapanya di depan khalayak dan ianya menjadi topik hangat di sana. Tapi
peliknya, bapa remaja tersebut tidak memberi sebarang tindakbalas dengan membiarkan saja anaknya berbuat demikian. Jika ianya berlaku kepada kami, satu das lempangan hinggap ke pipi. Tapi harap-haraplah kami dapat anak yang baik budi pekertinya dan hormat orang tua.
Seperti laporan media di sana, Xiaojin, 14 tahun, sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik. Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita. Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal.
Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah dimana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya. Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak. Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu di pukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk.
Saksikan video kat bawah ni:-
No comments:
Post a Comment