Sunday, 10 February 2013

Siapakah Yang Memindahkan Istana Ratu Balqis


Satu lagi kisah ganjil yang melibatkan seorang hamba Allah yang mendapat kelebihan-Nya ialah kisah yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman , bila Nabi Sulaiman hendak membawa istana Ratu Balgis dari negaranya yang jauh ke hadapan nabi Sulaiman as.

Kisah ini disebutkan dalam surah An-Namli , ayat 38-40.

Nabi Sulaiman bertanya siapa diantara para pembantunya yang dapat membawa istana itu ke hadapannya. Maka para jin Ifrit menjawab bahawa mereka sangup melakukannya sebelum Nabi Sulaiman beredar dari tempat dari tempat duduknya. Tetapi seorang hamba Allah yang menguasai "ilmu dari Kitab" berkata bahawa beliau sanggup membawa istana itu sebelum mata Nabi Sulaiman berkelip.

Akhirnya istana Ratu Balqis itu dibawa kehadapan Nabi Sulaiman oleh hamba Allah itu, padahal dia bukan Nabi dan bukan pula jin Ifrit , tetapi dia diberi oleh Allah ilmu dari "Kitab".

Menurut para pentafsir , hamba Allah yang beroleh ilmu Allah itu bernama Asaf (Asif) bin Barkhaya, Wazir Nabi Sulaiman sendiri. Beliau adalah seorang yang dikenal dengan sahih dan takwa. Dia adalah Wali Allah. Dikatakan juga bahawa beliau telah diberi Allah rahsia "Ismul A'azam" . Bila dia berdoa dengan menyebutnya nescaya doanya dimakbulkan oleh Allah dengan serta-merta.
Maka adanya seorang hamba Allah (Asif bin Barkhaya) yang bukan seorang Nabi atau Rasul , yang berupaya melakukan kerja yang begitu besar , malah lebih besar daripada keupayaan jin Ifrit , membuktikan bahawa Asif bin Barkhaya itu tidak lain dari seorang Waliyullah , hingga doanya dikabulkan oleh Allah dengan serta-merta.

Empat kisah karamah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang sangat dikasihi-Nya itu adalah kisah yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran. Orang-orang yang dikasihi-Nya itu tidak lain daripada para Aulia.

Semua cerita di dalam al-Quran adalah benar kerana cerita-cerita itu diwahyukan oleh Allah sendiri. Cerita tentang kelebihan yang diberikan kepada Penghuni Gua ( Ashabul Kahfi) ,Siti Maryam, Khidhir dan Asif bin Barkhaya itu , didalam istilah lain adalah karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia . Walaupun ayat-ayat yang menceritakan hal-hal luar biasa yang dialami oleh sesetengah hamba Allah itu , letaknya berpisah-pisah tetapi jelaslah bahawa mengandungi mesej atau tujuan yang sama, iaitu bahawa Allah berkuasa memberikan sehabagian dari ilmu-Nya,nikmat-Nya atau kelebihan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya , apalagi kepada orang yang amat dikasihi-Nya .

Allah pernah berfirman bahawa ilmu yang diberikan oleh Allah kepada manusia itu amat sedikit. Maka nikmat yang berupa kebolehan melakukan hal-hal yang luar biasa dan ghaib yang diberi oleh Allah kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya itupun amat sedikit berbanding dengan ilmu Allah sendiri.

Berdasarkan kisah-kisah luar biasa di dalam al-Quran itu, dapatlah dirumuskan bahawa Allah berhak mengurniakan karamah kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya kerana sebab-sebab yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

Tetapi karamah itu biasanya tidak diberikan melainkan kerana hamba-hamba-Nya itu sangat takwa, sangat patuh dan ikhlas beramal dengan segala perintah Allah untuk mengharapkan keridhaan-Nya semata-mata.

Maka kepada hamba-hamba-Nya yang dikasihi itu Allah tidak teragak-agak mengkabulkan segala doa mereka bila mereka berdoa, seperti doa yang dipohon oleh Asif bin Barkhaya .

Sementara dalam situasi lain, Allah berkuasa memberi dengan kehendak-Nya sendiri tanpa menunggu doa yang dipohon oleh hamba-hamba-Nya yang dikasihi .

No comments:

Post a Comment