Ini adalah himpunan gambar-gambar yang pernah menggemparkan dunia suatu masa dulu.
Mati tertimbus ketika Gempa Bumi 2005
Buddha Terbakar
Thích Quảng Đức seorang biarawan Buddha Vietnam yang membakar dirinya sehingga mati di persimpangan jalan Saigon pada 11 Juni 1963, sebagai protes terhadap penganiayaan terhadap pengamal ajaran Buddha di Vietnam.
Pengebumian Seorang Anak
Salah satu korban dari bencana industri terburuk di dunia yang dikenali dengan tragedi gas Bhopal yang terjadi di sebuah kilang fabrik pestisid Union Carbide di bandar Bhopal, India pada 3 Disember 1984.
Kilang tersebut telah mengeluarkan gas beracun yang memberikan kesan kepada lebih dari 500,000 orang.
Mangsa kebuluran Sudan
Seorang kanak-kanak Sudan sedang diperhatikan oleh seekor burung pemakan bangkai di dekatnya.
Jelas bahawa kanak-kanak tersebut hampir mati kelaparan, sementara burung pemangsa dengan sabar menunggu anak tersebut mati.
Tiada seorang pun tahu apa yang terjadi pada anak tersebut yang merangkak ke arah sebuah kem makanan PBB.
Jurugambar, Kevin Carter memenangi anugerah Pulitzer untuk gambar yang mengejutkan ini, tetapi akhirnya dia membunuh diri tiga bulan setelah dia mengambil gambar tersebut.
Mungkin dia tidak tahan dengan hinaan orang terhadapnya.
Pengajarannya, marilah kita bersyukur dengan limpahan nikmat yang ada di negara Malaysia yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment