Saturday 17 August 2013

Mengejutkan! Sharifah Sakinah Membuat Lawak Pelik Lagi (Video Pendek)


Sharifah Sakinah diketahui suka berlawak di Keek dengan cara yang kadang-kadang agak pelik dan tidak sesuai untuk diadaptasi semua orang.

Antara Keek kontroversi yang dimuatnaik olehnya adalah Keek ‘hari ni saya pakai spender dan bra merah’ serta ‘bbq bird bird’ tiga bulan lalu.

Hari ini, Sakinah sekali lagi memuatnaik satu Keek dengan lawak yang sinonim dengan stail dirinya tapi melibatkan tiga rakan artis lain iaitu Zizan Razan, Michael Ang dan Ajak Shiro.

Dengan tidak semena-mena, Sakinah bertanya kepada Zizan, Michael Ang dan Ajak di satu majlis apakah warna seluar dalam yang dipakai mereka. Dapat dilihat, Zizan nampak kurang selesa dengan pertanyaan tersebut namun sikapnya yang spontan menyelamatkan keadaan.


Menurut Zizan, dia memakai ‘spender’ silver dan bra-vo sementara Michael Ang menyatakan dia tidak memakai seluar dalam manakala Ajak Shiro, memakai string.

No comments:

Post a Comment