Saturday, 10 August 2013

Penjaga Gol Pertahankan Diri Dari Dipukul Peminat ( Video ).

Perlawanan ini yang antara Ajax dan Az Alkmaar terpaksa diberhentikan di Arena Amsterdam, Belanda. Selepas 37 minit, Ajax di depan dengan jaringan Van Der Wiel , tiba-tiba seorang peminat yang dikatakan mabuk berlari ke dalam padang untuk menyerang penjaga gol Az Alkmaar.

Penjaga gol kemudian membalas dengan menyepak peminat tersebut. (untuk mempertahankan dirinya). Pengadil terus berlari ke arah penjaga gol dan melayangkan kad merah. Jurulatih yang terkejut dengan insiden tersebut menyuruh semua pemain untuk keluar dan menyeru pengadil untuk membatalkan perlawanan tersebut. Ini alasan jurulatih :
"Our players did not feel safe on the field,"

"We took a shower and went home. This does not belong in football and then we also get a red card. Now it's wait and see what the KNVB does."

Peminat yang ditahan tersebut disyaki di bawah pengaruh alkohol dan dia menyatakan dia benci dengan penjaga gol jadi dia bercadang untuk menyerangnya.





No comments:

Post a Comment