Friday 16 August 2013

Wanita Cantik Ini Memiliki Dua Vagina ( Video ).

Seorang wanita, Hazel Jones dilahirkan dengan dua saluran faraj, dua rahim dan dua serviks, keadaan yang dipanggil sebagai ‘uterus didelphys’ dalam istilah perubatan.


Jones memberitahu rancangan This Morning terbitan ITV, dia selesa walaupun mempunyai keadaan luar biasa itu, walaupun terpaksa kehilangan dara sebanyak dua kali.

“Sebaik saja saya tahu keadaan itu, saya beritahu semua orang. Saya fikir ia menakjubkan dan sudah pasti mengejutkan jika berada dalam parti,” katanya kepada hos televisyen, Holly Willoughby dan Phillip Schofield.


Beliau menambah: “Jika wanita mahu melihatnya, saya agak gembira menunjukkan kepada mereka, ia bukan sesuatu yang memalukan buat saya.”

Jones pergi mendapatkan rawatan doktor selepas teman lelakinya memberitahu dia ‘rasa berbeza’ mengenai kemaluan wanita itu.


Ditawar Berlakon Filem Lucah

Wanita berusia 27 tahun itu didekati syarikat Vivid Entertainment, sebuah syarikat produksi filem dewasa Amerika Syarikat.

Mengakui terkejut, wanita berambut perang berasal dari High Wycombe, menegaskan akan menolak sebarang tawaran seumpama itu.

Menurut rancangan This Morning, Jones memberitahu: “Saya tidak pernah terima apa-apa tawaran seperti itu mahu pun melakukannya pada masa depan. Jangan ganggu saya.”

Jones memberi reaksi itu selepas pengasas Vivid, Steven Hirsch, menulis sepucuk surat kepadanya menawarkan AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk membintangi satu daripada filemnya, lapor TMZ.com.

Dalam surat itu, Hirsch menulis: “Anda jelasnya seorang wanita luar biasa dan saya mahu menjadikan anda seorang bintang untuk membintangi satu daripada produksi akan datang Vivid.

“Kami akan membayar anda sehingga AS$1 juta untuk perkhidmatan anda.”


Hirsch juga berjanji untuk membayar tambang dan kemudahan oleh kerana filem itu akan dilakukan di sini.

“Kami akan bawa anda ke Los Angeles sebaik saja anda setuju dan memberi anda kemudahan kelas pertama,” katanya.

Seorang jurucakap Vivid mengesahkan tawaran itu dengan berkata: “Memang benar. Steven membuat tawaran kepada Hazel Jones.”

Vivid menjadi studio pertama memperkenalkan pita seks selebriti, menunjukkan rakaman Pamela Anderson dan suaminya ketika itu, Tommy Lee serta Kim Kardashian. Jones belum memberi maklum balas terhadap tawaran itu.



No comments:

Post a Comment