Thursday, 5 September 2013

Rozita Che Wan Rancang Borong Barang Hantaran di London


Selagi tidak diumumkan bilakah tarikh sebenar majlis pernikahannya bersama pelakon Zain Saidin, selagi itulah aktres jelita Rozita Che Wan diburu sekaligus didesak supaya berterus terang saja mengenai tarikh hari bahagianya yang bakal menjelma itu.

Sungguhpun tuan punya badan mengakui sudah penat mahu menjawab pertanyaan media, pelakon yang mesra dengan panggilan Che Ta ni, tetap tidak dapat mengelak dari terus diajukan soalan sama.

"Belum ada tarikh yang betul-betul lagi. Lepas raya, saya sibuk jalani penggambaran. Hujung minggu pula saya sibuk dengan program Primadona. Zain pun sibuk jalani penggambaran. Kami belum sempat duduk dan buat apa-apa keputusan. 


"Tapi setakat ni kami dah ada senarai seperti siapa pereka baju kami, siapa jurusolek dan sebagainya, cuma belum pilih yang mana. Tapi InsyaAllah, majlis kami dalam bulan Disember nanti", katanya
Begitu pun, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak lokek berkongsi mengenai persiapan majlis perkahwinan. Kata Che Tah, dia bercadang mahu ke London bagi membeli barang-barang hantaran untuk bakal suaminya.

"Saya cadang nak beli barang hantaran di London. Sebab kat sana murah. Mungkin saya akan pergi dalam lima hari. Saya pergi mungkin penghujung Oktober ni. Zain tak ikut sebab dia terlibat dengan Fear Factor Selebriti Malaysia (musim kedua)", katanya sambil turut memberitahu berkemungkinan akan terbang ke kota metropolitan itu ditemani adiknya, pelakon Ayu Raudhah.

No comments:

Post a Comment