Showing posts with label Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Kreatif. Show all posts

Saturday, 17 August 2013

Akibat Cuaca Panas, Pakaian Tembikai Kini Menjadi Trend Baru Kanak-Kanak Di China ( 6 Gambar ).


Di China, kebanyakkan orang dewasa akan memakan tembikai untuk menyejukkan badan manakala kanak-kanak akan memakai kulit tembikai untuk mengelakkan bahang panas.

Menurut Xinhua, agensi berita terbesar di China, trend memakai kulit tembikai bermula pada bulan Julai di Wenzhou apabila foto gambar seorang kanak-kanak yang memakai kulit tembikai tersebar di Internet. Foto tersebut tersebar melalui perkhidmatan micro-blogging China iaitu Sina Weibo dan berakhir di berita televisyen.

Selain itu, menurut laporan ShanghaiList, bapa kanak-kanak ini telah mengambil masa selama berjam-jam lamanya bagi membuat pakaian ini. Terdapat juga pelbagai variasi pada pakaian tembikai ini seperti bikini tembikai, hula skirt inspirasi dari tembikai , dan perisai tembikai.

Dalam dunia online di China, kelihatan orang ramai amat gembira dengan pakaian tembikai ini, malah ada yang menggelarnya sebagai "kreatif" dan "mesra alam". Ada juga yang menganggap bahawa pakaian ini mampu menyejukkan badan anak-anak mereka.

Walaubagaimana pun, ia bukan lah satu idea yang baik untuk memakai sut tembikai untuk jangka masa yang lama kerana kulit tembikai adalah lembap dan ia boleh membantu pembiakan kuman dan bakteria.





Friday, 16 August 2013

Poster Filem Star Wars Yang Menarik ( 12 Gambar ).

Poster yang menarik dari Star Wars,tapi kali nie dengan tajuk Identities. Sesuai dengan tajuknya, ketelitian yang dihasilkan pada 6 watak ini sangat menakjubkan. Jom kita tengok hasil yang terbaik ini.












Seni Body Painting Yang Kreatif ( 7 Gambar ).

Berikut adalah karya seni acrylic body paintings yang dihasilkan menggunakan teknik 3 dimensi yang kelihatan benar-benar 'hidup'. Seni ini dihasilkan oleh Hikaro Cho, seorang artis dari Jepun.








Wednesday, 14 August 2013

Remaja Curi Elektrik Untuk Tonton Filem Di Singapura ( 5 Gambar ).

Kelihatan seorang budak mencuri sumber elektrik dari jentera awan yang sepatutnya digunakan sewaktu kecemasan untuk kegunaannya. Dia duduk di situ seawal 7.30 pagu untuk menonton filem sehingga tamat ceritanya sekitar Tanjong Pagar Plaza Atrium.

Tapi agak kreatif laa cara mamat ni walaupun caranya salah.






Poster Pemain Bola Sepak Terbaik Dahulu Hingga Sekarang ( 25 Gambar ).

Bola sepak merupakan sukan yang cukup terkenal bukan sahaja dalam negara kita tapi di seluruh dunia, Pemain-pemain bola sepak terutamanya yang bergelar lagenda cukup terkenal dan diingati sesiapa sahaja yang meminati sukan ini. Kat sini terdapat 53 poster pemain-pemain bola sepak terbaik yang mungkin menjadi idola korang.

Memang simple kan poster ni tapi cun.