Showing posts with label Oh! Berita Ekslusif. Show all posts
Showing posts with label Oh! Berita Ekslusif. Show all posts

Thursday, 29 August 2013

Gambar Selebriti Majlis Tayangan Filem 'Psiko Pencuri Hati'


Filem bergenre suspen, ‘Psiko Pencuri Hati‘ arahan Namron satu percubaan yang baik apabila mengandingkan nama pelakon berbakat seperti Bront Palare, Sharifah Amani dan juga Sein Ruffedge.

Mengisahkan tentang Sidi (Bront Palare) seorang penulis Novel yang mahu menyelidik seorang pembunuh upahan akhirnya bertemu dengan Wani lakonan Sharifah Amani di sebuah pulau. Perjalanan cerita yang agak menarik pasti menarik minat penonton di Malaysia untuk pergi menonton, tayangan filem ini bakal bermula pada 5 September, nantikan!

Sebelum itu kami selitkan momen-momen selebriti yang hadir ke majlis tayangan yang berlangsung di Cineleisure, e@Curve, baru-baru ini.








Tuesday, 20 August 2013

Marsha Jawab Isu Aksi Panas Dalam "Laga"


Walaupun filem "Laga" terbitan Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd dijangka menemui penonton pada tahun depan, namun trailer yang memaparkan adegan ranjang antara pelakon jelita Marsha Milan Londoh dan pelakon veteran Wan Hanafi Su kini isu yang semakin hangat diperkatakan ramai.

Filem yang dibarisi oleh pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Nasir Bilal Khan, Eman Manan, Ruminah Sidek, Syazwan Zulkifli, Zaidi Omar dan Fadilah Mansor ini menimbulkan pelbagai persoalan kepada masyarakat biarpun babak di ranjang dengan Marsha yang hanya berkemban itu diselitkan dalam masa singkat.

Mengulas isu tersebut, Marsha yang membawa watak sebagai suami isteri bersama Wan Hanafi Su mengatakan dia hanya bersikap profesional dan tidak pernah terfikir akan pandangan masyarakat kerana babak tersebut bukanlah seperti yang difikirkan.

Marsha tidak merasa dirinya digunakan sebagai pelaris filem malah pelakon ini berkata dia selesa sewaktu menjalani penggambaran filem yang berkisar mengenai permainan sabung ayam itu. Dia tidak kisah jika penonton menilainya dari sudut negatif namun mahu orang ramai menonton dahulu filem tersebut sebelum membuat sebarang spekulasi.

Dalam pada itu, pengarah filem "Laga" Ismail Yaacob turut berkata, dia yakin bahawa filem arahannya ini akan diterima ramai.

Monday, 19 August 2013

Yusof Haslam Selamat Menjalani Pembedahan


Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam, 59, telah selamat menjalani pembedahan membuang batu karang di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur selepas dimasukkan ke hospital itu pagi semalam. Syukur alhamdulilah. Segalanya telah selesai, cuma apa yang penting kenalah berehat banyak-banyak sekarang ni.

Isterinya Datin Patimah Ismail berkata, Yusof dikejarkan ke hospital itu kira-kira pukul 9 pagi Isnin selepas mengadu sakit pada bahagian perut ketika bangun pagi untuk solat Subuh selain mengalami kencing berdarah.

Patimah memberitahu doktor mengesahkan suaminya mengalami penyakit batu karang dan perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak keadaannya bertambah teruk. Katanya, Yusof akan menjalani pembedahan secara laser pada bahagian kanan perutnya pada petang Isnin.

Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebelum ini Yusof tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit batu karang dan hanya mengetahui perkara itu apabila dirujuk ke hospital pada pagi Isnin. 

Semoga Datuk Yusof Haslam cepat sembuh. Sama-sama kita doakan ya.

Adi Putra Dimasukkan Ke Wad Kecemasan


Pelakon popular Adi Putra berada di wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami masalah kesihatan pagi ini.

Bagaimanapun, isterinya, Zuhaidah Yusof ketika dihubungi enggan menjawab sebarang soalan termasuk keadaan suaminya dan hospital berkenaan.

"Maaf saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Kami masih berada di wad kecemasan," katanya ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kami berharap semoga dia cepat sembuh.




Friday, 16 August 2013

Gambar Instagram Terkini Fasha Sandha Promosi Saloonnya


Baru-baru ini Fasha Sandha telah memuat naik gambar Instagram dirinya mempromosikan Chinta Hair Saloon & Beauty miliknya. Kelihatan bersahaja dan comel Fasha Sandha di dalam gambar itu.

Jika anda berminat untuk memotong atau membuat rambut, boleh dapatkan alamat kedainya di dalam gambar Instagram di bawah ini.


Tuesday, 13 August 2013

Menakjubkan! Keranda Batu Misteri Ditemui Di Britain


Sepasukan ahli arkeologi menemui sebuah keranda misteri di dalam sebuah keranda tempat letak kereta di Leicester, Britain hujung bulan lalu.

Tapak itu juga merupakan lokasi penemuan makam bekas pemerintah England, Raja Richard III. Kubur lama itu berusia 500 tahun.

Pasukan pakar arkeologi berkenaan kembali ke tapak tersebut awal bulan ini untuk melakukan kajian lebih terperinci.





Usaha mereka membara kepada penemuan sebuah keranda batu yang di dalamnya berisi sebuah keranda kecil.

Pasukan arkeologi itu menemui keranda batu tersebut di bawah bangunan Jabatan Perkhidmatan sosial, Dewan Bandaraya Leicester di sini.

Seramai lapan orang diperlukan untuk mengangkat penutup keranda batu tersebut.

Keranda luar itu panjang lebih dua meter dan lebar 60 sentimeter di satu bahagian serta 30 sentimeter di sudut lain.



Sunday, 11 August 2013

Respek! Komen Lin Dan Apabila Lee Chong Wei Tercedera Semasa Menentangnya



Pada Final Super Series 2013 di China, Lee Chong terpaksa menarik diri pada hujung set ketiga ketika menentang lawan seterunya Lin Dan. Lin Dan telah muncul juara dan telah memberi komen yang kita semua patut respek:

“Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Chong Wei kerana kami sudah memberi aksi terbaik untuk penonton. Ketika saya mendahului 19-16, dia mula mengalami kekejangan otot dan saya bertanya kepadanya apa yang berlaku dan ketika itu saya sudah tidak fikir yang kami ini adalah lawan.


“Saya tahu dia tidak mahu menyerah kalah tetapi nasib tidak menyebelahinya. Saya berterima kasih kepadanya kerana menjadi lawan yang membuatkan bermotivasi tinggi mempamerkan aksi terbaik,” - Lin Dan.

Monday, 5 August 2013

Maya Karin Sokong Kempen Anti Sampah


Penyanyi dan pelakon terkenal, Maya Karin adalah Selebriti yang menyokong satu kempen yang diadakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu (KeTTHA) dan Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) iaitu kempen anti-sampah di kawasan awam baru-baru ini. Sebanyak 15,000 beg sampah boleh diguna semula telah diedarkan di kawasan Damansara, Sg Buloh dan pondok tol Sg Besi sempena cuti Hari Raya. 

Penghibur yang berusia 33 tahun yang telah merakamkan album Erti Cinta dan Bukan Qalamaya itu juga akan bekerjasama dengan GreenTech Malaysia pada siri kempen yang lain untuk menggalakkan amalan hijau yang mapan. Ini adalah selaras dengan kempen peribadi beliau, MayaLovesNature, yang mendorong kesedaran mengenai penggunaan yang berlebihan dan pembaziran beg plastik. 




Terkenal dengan aktivisme pemuliharaan, penghibur itu sentiasa menjadi sangat ghairah tentang penjagaan alam sekitar dari usia muda kerana pengaruh oleh bapanya. Kerjanya dalam kempen perlindungan alam sekitar dan haiwan telah melihat kerjasama pelbagai organisasi bukan kerajaan itu (NGO) termasuk Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). 

Beg sampah boleh diguna semula akan diedarkan bersama CD album Maya Karin yang mempunyai lagu single Hari Raya dan single pertama untuk album yang akan datang. Ini akan menjadi album ketiga, yang dihasilkan selepas terhenti 9 tahun.


Rozita Che Wan Sedia Hamil Anak Zain Saidin


Rozita Che Wan akur hamil anak Zain Saidin - Pastinya pelakon dan pengacara terkenal, Rozita Che Wan cukup teruja kembali bergelar isteri pada Disember ini dengan jejaka pilihan yang jauh lebih muda darinya, Zain Saidin.

Walaupun tarikh sebenar majlis perkahwinan mereka masih belum diumumkan namun ada sesetengah pihak mengandaikan cerita kahwin Rozita Che Wan dan Zain Saidin itu hanya sekadar publisiti murahan dan tidak kurang juga yang mendoakan hayat percintaan mereka tidak akan berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Ditanya tentang kesediaannya untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin dengan Zain, Rozita tak kisah dan hanya menurut kehendak bakal suaminya itu. Tetapi daripada satu sudut, ramai yang menyangka Rozita tidak mahu beranak lagi kerana bimbangkan potongan badannya.

"Tiada majlis tunang akan diadakan. Seperti biasa hanya majlis merisik untuk berbincang soal kahwin. Ia tradisi orang kita. Cuma apa yang boleh saya katakan, kesungguhan Zain untuk memperisterikan saya membuatkan diri ini cukup tersentuh dan terharu."

"Dia (Zain) memang pulun sakan cari duit. Saya tahu dia nak yang terbaik untuk kehidupan kami bersama. Saya kenal dia pun bukan sehari dua. Jadi selalunya apabila orang tanya apa perasaan nak kahwin lagi, saya jawab tak ada rasa apa pun."




Sunday, 4 August 2013

Koleksi Gambar Sekitar Pelancaran "Oh My Raya!"


Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi, dan bagi menghangatkan lagi suasana Syawal untuk tahun 2013, KRU Music mengambil inisiatif dengan menerbitkan album kompilasi hebat yang membariskan lagu-lagu raya terhangat sepanjang zaman. Album kompilasi raya ini berjudul "Oh My Raya!".

Album "Oh My Raya!" ini boleh dibeli di seluruh cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner berhampiran bermula 5 Ogos ini dengan harga RM19.90.

Jadi, sebelum itu jom tengok dulu gambar-gambar sekitar pelancaran album kompilasi raya yang diadakan di Peninsula All Suites & Residences Damansara baru-baru ini.

Bintang filem "Vikingdom", Natassia Malthe

Dato' Ac Mizal dan Mawi

Dato' Ac Mizal

Mawi

Illa Sabry

Norman Abdul Halim

Shuib & isterinya, Siti Sarah Raisuddin

Elly Mazlein

Friday, 2 August 2013

Azza Peruntuk RM 5000 Untuk Persiapan Raya


Penyanyi dan pelakon Azza memberitahu setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. dia akan memperuntukkan sebanyak lebih kurang RM5000 sebagai persiapan untuk meraikan ketibaan dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia ini. 
 
Menurut pemilik nama sebenar Azzarima Zawari Abdul Aziz, 35, bajet perbelanjaan itu termasuklah persiapan dia dan suami seperti baju raya, kuih muih dan kelengakapan rumah. Manakala sebanyak RM1000 daripada bejet tersebut telah di khaskan untuk duit raya buat sanak saudara. 
 
"Setiap tahun, saya memang bajet dalam lebih kurang RM4000. Kuih raya biasa saya akan beli saja. Maklumlah, tambah-tambah sekarang ni dah ada dua rumah, rumah ibu saya dan mak mertua, jadi saya ada juga belikan apa-apa yang patut untuk kedua-dua keluarga. Barang-barang pun sekarang dah semakin mahal. 
 
"Kalau untuk duit raya pula, saya peruntukkan dalam RM1000 ", kata anak kelahiran negeri Kedah ini ketika ditemui baru-baru ini. 
 
Tahun ini Azza bakal pulang beraya di kampung suaminya, di Taiping, Perak. Kemudian baru dia akan pulang ke Sungai Petani dan Perlis. 
 
"InsyaAllah, raya tahun ni saya balik Taiping, Perak. Selepas itu saya akan pulang ke Alor Setar dan Perlis. Selalunya kami akn bertolak balik kampung sehari awal", katanya yang berkahwin seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada 1 April 2012. 
 
Terdahulu, pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan bercerai pada pertengahan November 2004. Mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun
 
Perkembangan lain, Azza bakal muncul menerusi lakonan dalam drama Mana Kuali Opah? pada Hari Raya Kedua, jam 1.30 petang, di TV9.

Chris Hemsworth Kini Berada Di Kuala Lumpur


Kemunculan pelakon Australia, Chris Hemsworth di Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran filem terbaru beliau sememangnya membuatkan peminat hampir pengsan akibat terlalu teruja!

Chris yang berbaju biru kolar V sendat dengan seluar bermuda tiba di Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran filem "Cyber" bersama dengan aktor yang tidak kurang kacaknya, Wang Lee Hom yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 4. 40 petang hari ini.

Chris dan temannya yang terdiri daripada calon Anugerah Akademi iaitu Viola Davis, Tang Wei dan Wang Lee Hom juga turut berlakon dalam filem ini. Mereka akan berada di Malaysia selama lima minggu.

Filem "Cyber" arahan Michael Mann ini berkisar mengenai tentera Amerika dan China yang bekerjasama untuk menghentikan aktiviti menggodam komputer. Filem ini telah pun menjalani penggambaran di Jakarta, Pelabuhan Klang, Los Angeles dan Hong Kong.

Buat sementara waktu, Chris dijadualkan berada di Kuala Lumpur dari 2 hingga 6 September. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk bertemu Chris dan tontonlah debut kedua beliau dalam "Thor: The Dark World" yang akan ditayangkan di pawagam pada 31 Oktober 2013.


Chris Hemsworth tiba di Kuala Lumpur

Chris Hemsworth tiba di Kuala Lumpur

Aksi Comel Anak Rita Rudaini Merempit (Video Pendek)


Pelakon terkenal, Rita Rudaini sememangnya mempunyai sepasang anak yang tersangat comel dan nakal yang diberi nama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

Menerusi laman Instagram miliknya, Rita Rudaini telah memuatnaik dua buah video yang memaparkan gelagat comel dua orang anaknya itu yang sudah pandai merempit di dalam rumah. Tonton dua video comel di bawah ini.


Thursday, 1 August 2013

Syamsul Kongsi Trailer KL Gangster 2 (Video Pendek)



Selamat kami katakan yang filem ini sudah mendapat status filem paling di’nanti ramai sejak munculnya filem pertama pada tahun 2011 yang lalu. Sedutan aksi epik KL Gangster 2 kini boleh anda tonton.

Menelan belanja mencecah RM4 juta, KL Gangster 2 diakui oleh penerbitnya Datuk Yusof Haslam sebagai filem termahal yang diterbitkan syarikat produksi mereka, Skop Production Sdn Bhd.

Filem prekuel kepada KL Gangster (2011) ini di’bintangi oleh Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak dan Syamsul Yusof sendiri sebelum ini menjalani penggambaran selama 68 hari.

Menerusi akaun Youtube peribadi beliau hari ini, Syamsul Yusof kongsikan trailer pertama filem KL Gangster 2 yang mana kami dapat rasakan ianya akan menjadi hasil terbaik dari pengarah muda ini.

Tiz Zaqiah Sanggup Tak Beraya Demi Kucing?


Tiz Zaqiah telah berkongsi mengenai persiapan raya Aidilfitri. Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali menjelang lembaran, dia dan ayahnya akan sibuk mengemas rumah. Sementara ibunya pula akan menyediakan juadah hari raya. Kebiasaannya mereka sekeluarga akan beraya di subang kemudian pulang ke kampung ayahnya, di Negeri Sembilan dan selepas itu ke kampung ibu, di Melaka. 

"Selalunya saya lebih suka mengemas dan menghias rumah. Ibu saya yang akan masak juadah. Baju raya pula, kami beli siap jer. InsyaAllah, kakak saya yang tinggal di Singapura akan balik ke sini raya kali ni. Walaupun keluarga kami kecil tapi raya memang meriah.

Bagaimanapun penggemar juadah rendang ayam dan nasi impit ini, sambutan raya tidak diraikan terlalu beria sebaliknya hanya sederhana. Malah untuk pulang ke kampung pun hanya untuk sekejap kerana dia risau mahu meninggalkan kucing-kucing kesayangannya dalam tempoh yang lama.

"Kat rumah, kami ada 20 ekor kucing. Ada kucing biasa dan parsi. Asalnya kucing kat rumah dua ekor saja. Waktu umur saya sembilan tahun, kawan ayah saya yang hadiahkan kucing-kucing tu. Lama-lama membiak. Keluarga saya memang pencinta kucing. Saya juga ada bela sugar glider. Saya tak suka hantar di pusat jagaan, sebab banyak terjadi kes ngeri dan saya susah nak percaya pada mana-mana pusat jagaan binatang. 

"Itu yang susah kalau nak balik kampung lama-lama. Jadi keluarga saya memang akan balik hari je lah ke kampung. Kami ke kampung ayah kemudian singgah kampung ibu dan malam balik semula ke Kuala Lumpur", katanya yang membelanjakan sebanyak RM800 sebulan bagi membeli makanan binatang-binatang peliharaannya itu.

Meskipun risaukan kucing-kucing, kata Tiz dia tetap akan pergi beraya ke rumah kekasihnya, Daniel Haziq.
"InsyaAllah, pergi. Lagipun sepupu-sepupu dia adalah kawan-kawan saya juga. Jadi kami akan saling ziarah menziarah lah nanti", ujarnya.

Video Parodi Avangers Versi Johara (Video Pendek)


Penyampai-penyampai radio ERA FM telah berpadu tenaga bagi menjayakan sebuah video parodi berjudul Esok Raya Ke? dengan menggunakan visual filem Avengers.

Video parodi berdurasi 4:10 saat yang dibuat oleh JoHara yang terdiri daripada Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray sangat bersahaja dan lawak.

Ingin tahu apa yang lawak sangat mengenai video parodi JoHaRa, mari tengok di bawah ini.

Aksi Comel Anak Erra Buat Biskut Raya (Video Pendek)


Selebriti terkenal tanah air, Erra Fazira mempunyai seorang anak perempuan yang agak lincah dan juga comel yang diberi nama Engku Aleesya.

Terkini, Erra Fazira telah memuatnaik tiga buah video ke dalam laman Keek miliknya yang mana menerusi video tersebut memaparkan gelagat comel Aleesya sedang seronok mengadun dan membakar biskut Gingerbread.

Mari kita tengok video keletah masterchef cilik ini di dapur.