Showing posts with label Oh! Peliknya. Show all posts
Showing posts with label Oh! Peliknya. Show all posts

Monday, 19 August 2013

Menghairankan! Bagaimana Penyeludup Ini Lakukan? (Video Pendek)


Video menunjukkan penyeludup diberkas dengan kayu balak. Tapi yang menghairankan mereka diberkas bukan sebab menyeludup kayu balak tapi benda lain. Apa yang mereka seludupkan dan bagaimana mereka lakukan?

Tonton video di bawah ini.

Saturday, 17 August 2013

Menghairankan! Nenek Tua Mempunyai Tanduk (Video Pendek)


China - Zhang Ruifang, nenek berusia 101 tahun asal Desa Linlou, Provinsi Henan, China jadi perhatian ramai gara-gara tanduk yang tumbuh di dahi kirinya.

Tanduk hitam sepanjang 2.4 inchi atau 6 sentimeter tumbuh hanya dalam masa setahun di dahi kiri Zhang Ruifang. Sementara, di dahi kanan ada tanda-tanda akan tumbuh tanduk sama.

Tidak hanya terkejut, keluarga nenek ini juga bimbang. anak bongsunya, Zhang Guozheng (60), mengaku memperhatikan kulit kasar yang tumbuh di dahi ibunya setahun lalu.

"Namun lama-lama makin aneh, tiba-tiba ada tanduk di dahi ibu saya, sampai berukuran 6 sentimeter," kata dia.

"Sekarang bahkan ada yang tumbuh di dahi sebelah kanannya. Kami bimbang akan tumbuh lagi tanduk yang sama, "kata Zhang.

Belum jelas penyebab tanduk di dahi Zhang Ruifang. Namun diduga itu kerana penebalan kulit.

Sel yang membentuk tanduk itu diduga adalah keratin - sel yang sama yang membentuk rambut dan kuku manusia. Sementara pada haiwan, keratin membentuk bahagian kulit dan tanduk.

Meski pun uzur, Zhang Ruifang masih aktif. Dia mampu berjalan meski dibantu tongkat. Dia juga masih boleh menikmati makanan kegemarannya dengan enak, misalnya paha ayam goreng.



Zhang Ruifang mempunyai tujuh anak, enam laki-laki seorang perempuan. Anak tertuanya berusia 82 tahun. Keluarga Zhang Ruifang tinggal di luar bandar dan tidak punya wang untuk membawanya ke rumah sakit. Namun, kata mereka, tanduk Zhang Rufang tidak membuatnya sakit - nenek itu masih boleh menikmati masa tuanya dengan damai.

Friday, 16 August 2013

Menghairankan! Binatang Kelihatan Seperti Katak Bunyi Seperti Anak Kucing (Video Pendek)


Aneh! Video menunjukkan sejenis binatang yang kelihatan seperti Katak berbunyi seperti anak kucing. 

Tonton dan dengar bunyi binatang ini. Kami sendiri kurang pasti binatang apakah ini.

Thursday, 15 August 2013

Menakjubkan! Makhluk Aneh Di Rakam Dalam Laut (Video Pendek)


Penyelam di Australia telah menangkap imej makhluk spinosum Pyrostremma, atau pyrosome, makhluk laut luar pantai Tasmania.

Ia amat jarang berlaku dan ia telah diberi gelaran 'Unicorn Laut' yang boleh membesar sehingga 30 meter panjang - yang bersamaan dengan dua buah bas dua tingkat.

Fiturnya berlubang, lut, badan silinder terdiri daripada beribu-ribu klon kecil yang dipanggil zooids yang menarik air melalui tiub dan memakan plankton sebelum menolak air yang ditapis kembali keluar.

Friday, 9 August 2013

Misteri Wanita Bermimpi Keretapi 47 216 Terlibat Dalam Kemalangan


Pada tahun 1983, seorang wanita memberitahu pihak berkuasa British Rail tentang mimpi mengenai satu kemalangan kereta api maut yang melibatkan enjin dengan nombor 47 216. 

Dua tahun kemudian, sebuah keretapi telah terlibat dalam kemalangan maut, sama seperti yang didakwa oleh wanita tersebut. Nombor enjin, bagaimanapun, adalah 47 299. Kemudian, seseorang telah menyedari bahawa nombor siri enjin tersebut telah diubah oleh pegawai-pegawai British Rail. Nombor asal: 47 216.

Nombor siri enjin asal 47 299 ialah 47 216 yang telah terlibat dalam kemalangan maut

Mendebarkan! Penyelam Hampir Dimakan Ikan Paus


Tidak dapat dibayangkan jantung penyelam dalam gambar ini pasti berdegup lebih cepat dengan fikiran gelisah kerana akan dimakan oleh ikan paus ini.

Jurugambar laut profesional Mauricio Handler menangkap foto menarik ini ketika menyelam di Mujeres, Mexico, apabila lebih dari 600 ikan paus sepanjang 12 meter berkumpul untuk makan telur ikan  tuna. 





Ikan paus terbesar di laut tengah makan ketika penyelam hampir disedut masuk ke mulut paus tersebut, untungnya penyelam itu dapat melolos diri dari mahluk laut itu  dengan 350 batang gigi itu. Sebenarnya, haiwan ini tidak mempunyai penglihatan yang sangat baik walaupun penyelam itu disedut ke mulut mungkin hanya akan dimuntahkan keluar lagi.

Kubur Pontianak di Poland? Benarkah?


Sekumpulan pakar arkeologi Poland, mendakwa menjumpai kubur besar dipercayai dimiliki kumpulan pontianak.

Lapor The Telegraph, kubur berkenaan ditemui sewaktu operasi membina jalan berhampiran bandar Gliwice.

"Pada mulanya, kumpulan saintis menyangka ia adalah kubur askar yang terkorban ketika Perang Dunia II, namun mereka menjumpai rangka dan kepala terputus di bahagian kaki si mati," kata ahli forensik antropologi, Matteo Borrini dipetik dari Reuters.



Saintis menyimpulkan, rangka-rangka itu adalah hasil upacara pembunuhan yang direka bagi memastikan individu itu tidak hidup semula.

"Mengikut kepercayaan purba, mayat tidak akan kembali hidup jika dipisahkan kepala dari badannya," kata Matteo

Misteri Rompakan 300 Juta (YEN) Yang Masih Tidak Dapat Diselesaikan



Pada tahun 1968, kereta yang dipandu oleh pekerja bank telah ditahan oleh seorang anggota polis motosikal (gambar di atas) yang mendakwa kereta telah dipasang dengan bom.

Polis tersebut didakwa telah tunduk bawah kereta untuk "meredakan" alat peranti bom it.

Apabila kereta mula berasap semua pekerja bank telah melarikan diri. Kemudian "polis" itu telah memandu kereta dari sini. Rompakan Yen 300M kekal tidak diselesaikan sehingga kini.

Lokasi kejadian pada tahun 2009

6 Muzium Paling Seram Dan Pelik Di Dunia


Manusia sentiasa mencari cara berbeza untuk berasa takut. Sesetengah orang sukakan filem seram, rumah berhantu atau bentuk tradisional lain untuk menakutkan diri sendiri atau kenalan.

Tetapi jika anda mencari sesuatu yang lebih berbudaya dan mahu belajar sesuatu yang membuatkan seluar anda basah kerana ketakutan, kunjungilah beberapa muzium di seluruh dunia ini yang pasti menyebabkan bulu roma anda berdiri. 

Muzium Catacombs, Palermo, Itali 


Sebenarnya tempat ini asalnya bukan hendak dijadikan muzium, tetapi ia berubah menjadi muzium kematian. Jauh dalam gereja Capuchin, anda boleh melihat beratus-ratus mayat - paderi dan anggota masyarakat.

Mayat mereka dibariskan di sepanjang tembok dengan pakaian ketika mereka dikebumikan. Udara sejuk dan persekitaran yang kering di tempat ini amat bersesuaian untuk menyimpan mayat manusia. Malah, sesetengah mayat kelihatan seolah-olah seperti nyenyak tidur. 

Muzium Kematian, California AS 


Bersesuaian dengan namanya, Muzium Kematian menampilkan beberapa peristiwa tragik. Ia mempunyai koleksi arkib hingga kepada foto kematian paling mengerikan di Amerika Syarikat. Foto paling terkenal ialah foto tragik mangsa pembunuhan Elizabeth Short atau yang terkenal dengan gelaran “Black Dahlia” yang mati dengan tubuhnya dikerat. 

Terdapat juga kepala Henri Landru yang dipenggal, pembunuh bersiri yang membunuh 11 teman wanita­nya dengan cara mengerat mayat mereka sebelum membakarnya dalam ketuhar. 

Muzium Dupuytren, Paris, Perancis 


Muzium ini terletak di kompleks Fakulti Perubatan, Universiti Paris di Perancis. Ia mempunyai beribu-ribu koleksi anatomi tubuh manusia daripada kepala hingga kepada kaki yang dibuat daripada lilin. Pelbagai organ tubuh manusia yang mempunyai kelainan juga ada ­di sini. 

Anda boleh melihat otak manusia yang menderita pe­nyakit Aphasia atau kerosakan otak yang direndam dalam larutan alkohol. Anda juga boleh melihat koleksi alat uji kaji doktor yang digunakan pada abad ke-17 dan 18 lengkap dengan gambar. 

Muzium Penyeksaan, Amsterdam, Belanda 


Usah terkejut kerana muzium yang terletak di Amsterdam ini mengumpulkan koleksi alat untuk menyeksa yang digunakan pada abad pertengahan. Sejarah penyeksaan terhadap banduan atau penjahat juga dipamerkan dengan jelas. 

Terdapat alat pemecah dan pemenggal kepala, gergaji untuk membelah tubuh dan kurungan besi untuk me­ngurung manusia sebelum mereka dibakar. Suasana di dalam muzium ini cukup menyeramkan hinggakan ada pengunjung yang mengatakan mereka ternampak kelibat lembaga di sini. 

Muzium Madame Tussauds, London, United Kingdom 


Jika biasanya Muzium Madame Tussauds menampil­kan patung tokoh-tokoh terkenal, keadaannya berbeza dengan muzium ini. Ia menampilkan patung lilin mangsa revolusi Perancis. 

Patung lilin mangsa mempunyai rupa yang sangat menakutkan. Ada yang hanya berbentuk kepala hingga potongan kaki manusia, selain terdapat juga patung manusia yang digantung dan longgokan mayat yang berlumuran darah. Anda dinasihatkan tidak memasuki muzium ini bersendirian! 

Muzium Psikiatrik Glore, Missouri, AS 


Sebuah lagi muzium yang menyeramkan di Amerika Syarikat ialah Muzium Psikiatrik Glore. Di sini dipamerkan kaedah rawatan pada abad ke-16, 17 dan 18 yang mampu membuatkan anda berpeluh di dahi kerana kaedah rawatan psikiatrik abad berkenaan seolah-olah berbentuk penyeksaan. 

Terdapat rawatan yang menggunakan kaedah kejutan elektrik dan juga rawatan purba. Di muzium ini juga ada satu replika menunjukkan seorang doktor menyiram air ke dalam bekas besar yang dimuatkan dengan pesakit

Monday, 5 August 2013

Cara Orang Negara China Makan Salad di Pizza Hut


Syarikat makanan segera terkenal di dunia, terpaksa memansuhkan salah satu menu iaitu salad disebabkan ramai pelanggannya telah membuat satu hidangan yang pelik-pelik.

Hidangan salad di sana telah dijadikan arca gunung ataupun bangunan daripada memakannya.






Wednesday, 31 July 2013

Ikan Primitif 65 Juta Tahun Dahulu Ditemui



Ikan primitif yang diberi nama Coelacanth (disebut seel-uh-kanth) dianggap telah pupus bersama dinosaur 65 juta tahun yang lalu. Tetapi penemuan pada tahun 1938 oleh kurator muzium Afrika Selatan pada pukat tunda nelayan tempatan menarik perhatian dunia dan menyalakan perdebatan tentang bagaimana ikan pelik bersirip lobus ini sesuai dengan evolusi haiwan darat.

Terdapat hanya dua spesies coelacanths yang dikenali: yang tinggal berhampiran Kepulauan Comoros di luar pantai timur Afrika, dan satu lagi yang ditemui di perairan Sulawesi, Indonesia. Ramai saintis percaya bahawa ciri-ciri unik Coelacanth yang melambangkan satu langkah awal dalam evolusi ikan kepada haiwan berkaki empat daratan seperti amfibia.


Ciri-ciri yang paling menonjol "fosil hidup" ini adalah sirip lobus berpasangan yang memanjang menjahui dari badan seperti kaki dan bergerak dalam bentuk yang berselang-seli, seperti kuda berlari. Lain-lain ciri unik termasuklah sendi engsel dalam tengkorak yang membolehkan ikan ini untuk meluaskan mulut untuk menelan mangsa yang besar, tiub berisi minyak, yang dipanggil notochord, yang bertindak sebagai tulang belakang, sisik tebal yang hanya ada pada ikan pupus, dan organ electrosensory dalam muncung yang berkemungkinan digunakan untuk mengesan mangsa.

Coelacanths merupakan makhluk laut dalam yang sukar ditemui, hidup pada kedalaman sehingga 2300 kaki (700 meter) di bawah permukaan air. Mereka boleh besar, mencapai 6,5 kaki (2 meter) atau lebih dan seberat 198 paun (90 kilogram). Para saintis menganggarkan mereka boleh hidup sehingga 60 tahun atau lebih.

Jumlah bilangan mereka tidak diketahui tetapi boleh diramal. Kajian di Comoros menganggarkan hanya kira-kira 1,000 kekal di sana. Mereka dianggap sebagai spesis terancam.

Monday, 22 July 2013

Budak 11 Tahun Ugut Mahu Bunuh Diri Jika Dipaksa Berkahwin


Yaman – Rakaman video melibatkan seorang budak perempuan berusia 11 tahun, Nada al-Ahdal, yang mengugut akan membunuh diri jika dia dikahwinkan, kini tersebar luas selepas ia dimuat naik di YouTube pada 8 Julai lalu.
“Sila teruskan keputusan itu dan kahwinkan saya, saya akan membunuh diri. Lebih baik mati sahaja. Ini adalah satu jenayah. Ia bukan salah kanak-kanak. Bukan saya sahaja, ia boleh berlaku kepada kanak-kanak lain’’ itu antara ugutan yang dibuat kepada keluarganya melalui rakaman video tersebut.
Dalam rakaman berkenaan juga, Nada menjelaskan dia tidak mahu meninggalkan keluarganya dan berpindah ke rumah suaminya, kerana kehidupannya akan musnah dan dia tidak dapat meneruskan pelajaran.
“Saya dah penat dengan awak, awak memusnahkan hidup saya,’’ katanya dalam video itu.
Nada, yang mempunyai lapan adik beradik, telah dipelihara oleh bapa saudaranya, Abdel Salam al-Ahdal, ketika dia berusia tiga tahun namun semuanya berubah apabila seorang lelaki warga Arab Saudi telah meminta izin daripada ibu bapa Nada untuk mengawini budak berkenaan.
Nada juga mempunyai seorang kakak berusia 18 tahun, dan telah bertunang berkali-kali.
Setiap kali ibubapanya menerima lamaran baru, mereka akan mengambil wang hantaran namun memberi alasan belum cukup duit untuk mengadakan majlis perkahwinan kakaknya itu.
Dalam masa sama wang hantaran itu telah disimpan oleh ibu bapanya.
nada 2
Sementara itu, bapa saudaranya memaklumkan, selepas mendengar anak saudaranya itu akan berkahwin, dia menjadi panik kerana Nada belum pun berusia 11 tahun, sebaliknya umur Nada adalah 10 tahun dan 3 bulan.
“Saya tidak boleh membiarkan Nada dikahwinkan kerana ia akan memusnahkan kehidupannya, sama yang berlaku kepada ibu saudaranya yang telah membakar diri sendiri selepas dipaksa berkahwin pada usia 13 tahun.
“Saya terpaksa menghalang perkahwinan itu dan menghubungi bakal pengantin bahawa Nada tidak sesuai dengannya, selain tidak memakai tudung,’’ katanya.
Selepas pertunangan itu dibatalkan, ibu bapa Nada menjadi marah dan telah meminta supaya Nada pulang ke rumah.
Dengan campurtangan pihak berkuasa, Nada telah dibenarkan menetap bersama bapa saudaranya itu.
Kredit : Mynewshub

Tuesday, 9 July 2013

Hukuman Gantung Di Batalkan Saat Akhir

Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini.




Kerang Gergasi Yang Pelik



Geoduck adalah kerang besar yang sebahagian besarnya tinggal di perairan kawasan Puget Sound di Amerika Syarikat. Ia adalah kerang laut yang terbesar yang dimiliki oleh keluarga Bivalvia atau Pelecypoda. Sebab ia dikira dalam keluarga Bivalvia kerana ia mempamerkan dwi separa cangkerang luar yang berbeza.


Walaupun ditulis sebagai geoduck, namanya memberikan bunyi yang berbeza apabila digunakan dalam pertuturan disebut "GOOEY-DUCK", walau bagaimanapun, ia tiada kena-mengena dengan itik biasa. Ia dianggap sebagai yang terbesar dalam kumpulannya dan boleh didapati jauh kedalam di bawah air laut dalam bentuk berkoloni.



Saluran berbentuk leher boleh mencapai sehingga lebih tiga kaki panjang dan cengkerang luar melebar dari kira-kira 18-23 cm. Saiz yang besar ini juga dikira bagi berat badan. Untuk tujuan memasak, hanya bahagian leher geoduck yang digunakan. Ia kebanyakannya digunakan dalam sup atau stews namun, terdapat beberapa cara yang berbeza yang boleh dinikmati dari geoduck.

Mencari geoducks merupakan satu perkara dan mengutip mereka adalah satu hal lagi. Ia didapati di beberapa lokasi tertentu. Habitatnya terdiri daripada pengorekkan sehingga ke kaki 3-4 di bawah pasir laut. Mereka mempunyai hayat panjang dan maklumat menunjukkan bahawa ianya boleh hidup sehingga lebih daripada seratus tahun jika dibiarkan tanpa gangguan. Geoducks sukar untuk digali keluar dan tugas ini begitu mencabar di Washington, ia disesuaikan sebagai sukan rekreasi, walaupun menggali lebih daripada tiga geoducks bagi setiap hari adalah dilarang.



Seseorang perlu menunggu air surut yang ekstrem rendah untuk mendapatkan hasil kutipan yang lebih baik dari geoducks. Tetapi ianya terdedah hanya untuk beberapa jam dalam masa sebulan. Semasa air surut yang lebih rendah geoduck boleh digali dengan penyeduk tanpa perlu menggali ke bawah jauh.



Geoducks biasanya hidup sepanjang hayat dengan hayat purata menjangkaui sehingga 140-146 tahun. Ia adalah kerana mereka tidak mempunyai musuh yang terlalu banyak bagaimanapun, di perairan Alaska, memerang laut dan dogfish dikatakan terlibat dalam menghapuskan geoducks. Siphons geoduck yang terdedah juga menjadi sasaran tapak sulaiman. Kehidupan geoducks yang aman dengan jumlah aktiviti yang kurang, merupakan satu lagi sebab mengapa ia hidup lebih panjang.

Bentuk Geoduck yang pelik salah satu sebab permintaan terhadapnya rendah. Perikanan geoduck pertama dijumpai pada tahun 1970, yang mana kini telah berkembang. Geoducks yang paling disukai di China dan sebagai makanan laut, ia mendapat status yang paling mahal. Orang Cina percaya geoducks boleh menjadi perangsang seksual. Ia dimasukkan ke dalam pelbagai resipi seperti hot pot Cina atau sashimi. Ia biasanya dimasak dengan kicap dan cili. Ia juga satu makanan gourmet di Jepun dan Korea.


Geoducks sangat mahal, seekor geoduck biasanya dijual sehingga RM 32 dalam pasar borong Seattle, US atau apabila dieksport ke Asia, geoduck hidup boleh mencapai harga sehingga RM 160 setiap satu. Oleh kerana harganya yang tinggi di pasaran dan sekatan yang banyak, geoducks biasanya menjadi sasaran pencuri.


Purata Geoduck betina menghasilkan sehingga 5 bilion telur dalam hayat mereka


Serangga Yang Menakjubkan Di Dunia

Weta



Adakah serangga ini terbesar di dunia? Ia bergantung kepada definisi anda. Tetapi melihat "Weta" gergasi di New Zealand memakan pada lobak merah pasti memberikan anda sesuatu yang mengujakan.


Serangga mirip seperti cengkerik ini dikenali sebagai weta gergasi atau wetapunga oleh orang Maori, dan sebagai Deinacrida heteracantha oleh saintis. Ia hanya boleh dijumpai di kawasan-kawasan yang dilindungi seperti Pulau Barrier Little New Zealand. Di sinilah Mark Moffett, ahli entomologi dan explorer di Smithsonian Institution, menjumpai spesimen ini selepas dua malam pencarian. Mark Moffett mendapati serangga ini mempunyai 71gram dan 7 inci panjang yang mengejutkan.

Weta gergasi adalah serangga yang terbesar di dunia, dan ini adalah yang terbesar pernah dijumpai. Mark Moffett berkata, "beratnya bersamaan dengan tiga ekor tikus. Ia menikmati lobak merah yang begitu banyak dan ia seolah-olah tidak sedar yang ia sedang berehat di tangan kita, tetapi ini adalah spesis yang sangat terancam.


Water Boatman


Awal tahun ini, "water boatman" telah diisytiharkan sebagai makhluk yang paling bising di dunia oleh saintis dan menamakan bunyi nyayian serangga ini 'singing penis' kerana membuat bunyi menggunakan kemaluanya.



Satu pasukan biologi dan jurutera memberitahu Persatuan untuk Persidangan Tahunan Eksperimen Biologi di Glasgow bahawa mereka telah menemui serangga 2 mm panjang mampu membuat kebisingan berukuran 99,2 desibel - tahap yang sama seperti orkestra penuh bermain pada tahap terkuat sekali.

Itulah yang membuatkan pepijat, atau Micronecta scholtzi nama saintifiknya, haiwan paling bising di planet ini berbanding dengan saiz badannya.