Showing posts with label Oh! Whatever. Show all posts
Showing posts with label Oh! Whatever. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

Malang! Kereta Aston Martin Model 2013 Rapide S Kemalangan


Sebuah kereta Aston Martin Model 2013 Rapide S telah terlibat di dalam kemalangan baru-baru ini. Lebih malang lagi kereta ini didakwa dipandu oleh jurujual kedai pengedar Aston Martin di Kuala Lumpur.

Lihat gambar kerosakan kereta 2013 Aston Martin Rapide S itu di bawah ini.








Thursday, 4 July 2013

Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia (8 Gambar)



Rasanya ini satu-satunya kolam renang di dunia yang memerlukan anda memakai kelengkapan menyelam di dalamnya. Mempunyai kedalaman sehingga 34.5 meter, kolam renang yang diberi nama Nemo 33 ini adalah merupakan kolam renang paling dalam di dunia.

Terletak di Brussels, Belgium, kolam renang ini menampung 2.78787 juta liter air tanpa klorin yang mempunyai suhu setakat 30 darjah Celsius. Antara ciri lain yang menarik adalah ianya menempatkan beberapa buah gua dalam air pada kedalaman 10 meter, selain dibina dengan beberapa tingkap dalam air yang membenarkan para pengunjung untuk menjenguk ke dalam kolam pada kedalaman yang berbeza.
Kolam renang ini direka oleh pakar juruselam dari Belgium, John Beernaerts, pada tahun 2004 berfungsi sebagai tempat menyelam pelbagai guna, pusat rekreasi dan juga pusat pengambaran filem. Rasanya ada tak yang berani terjun dalam kolam ni tanpa pakai apa-apa kelengkapan menyelam?







Filem Pertama Mat Yo, Bro, Mana Audi Gua?

Troll yang terbaik!

Kami di MyInfoHubs tak sangka impian menjadi kenyataan apabila filem pertama Mat Yo akan ditayangkan dipawagam. Berkonsepkan lawak hambar, malas lari dan berat nanang pastinya mampu untuk menarik para penonton khususnya mat - mat rempit.
Baca ringkasan mengenai jalan cerita filem ini.





Filem pendek arahan Mamot Khaluiq mengisahkan seorang pemain bola sepak, Idlang yang selama ini bermotorkan honda bulat ingin mememiliki sebuah kereta idaman, Audi Q7. beliau mula bosan dengan hanya bermotor kesana kemari. Akhirnya motor beliau berkecai terlanggar tiang lampu akibat mengantuk seperti dapat dilihat dalam poster diatas. Ekzos, rim semuanya berterabur di atas jalan.

Berbeza dengan kawannya, Shafee teruja dan terlopong membawa motor rim kuning sambil dipeluk Sapiq Rohi. Keduanya kelihatan gembira sehingga sebuah jenama motosikal terkemuka negara melantik Shafee sebagai duta motosikal mereka dengan tagline 'SYD - Shafee yang Ditunggang' Keduanya tebal berjiwa Harimau Malaya dengan mewarnakan rim dengan warna kuning walaupun kerap ponteng training.

Oh, tidak lupa dengan bersandarkan kapcai tersebut, Sapiq berjaya memikat Xandria, atlet terkenal negara Ethiopia.
Perjalanan karier Idlang amat berliku sehingga digelar 'berat bonet' kerana kemalasannya dalam berlari mengejar bola di pentas final. watak-watak jahat yang di terbangkan khas dari Amerika Latin seperti Nenas, Andreazinhok memampatkan lagi penceritaan dan suspens. 

Datanglah beramai-ramai ke pawagam mulai Ahad ini untuk mengetahui lebih lanjut cerita Melayu yang bakal box office 30juta seperti yang angan-angan mat jenin.

Bagaimana Untuk Mengelak Saman Parking? (5 Gambar)

Kami di MyInfoHubs ingin membongkar rahsia bagaimana untuk mengelak kenderaan korang dari disaman parking. Tempat parking adalah satu keperluan bagi setiap kawasan dan tempat - tempat tumpuan. Jika tempat parking ini tidak disediakan secukupnya, mulalah pihak berkuasa hendak menyaman mereka yang parking tidak pada tempatnya. Pasti korang bengang bukan, baru parking 3 saat tengok - tengok surat saman dah terselit di cermin depan. Rasa nak makan - makan je surat tu..Jadi ini adalah jalan penyelesaian buat korang





Cara Pertama:

Parking kereta anda dalam longkang. Dengan ini tak akan ada sesiapa pun yang berani saman kereta anda kerana kereta anda berada di luar kotak parking.





Cara Kedua:

Parking kereta anda secara mengiring dan parkingkan di tempat letak motosikal. Jadi, pihak yang ingin menyaman kereta anda akan confius adakah itu kereta atau motosikal atau kedua - duanya sekali.





Cara Ketiga:

Lakukan double parking dengan meletakkan kereta anda diatas kereta orang lain yang mempunyai tiket parking. Jadi pihak berkuasa akan mengganggap bahawa kereta tadi adalah jenis double decker.





Cara Keempat:

Tanamkan kereta anda di dalam tanah. Walaupun kereta anda berada di petak parking tetapi pihak berkuasa tidak dapat menyaman anda kerana kereta anda berada di bawah petak parking atau di dalam tanah.





Cara Kelima:

Parkingkan kereta anda di rumah. Dan anda berjalan kaki saja atau mengambil pengangkutan awam.





Cara Keenam:

Beli tiket parking yang harganya taklah mahal sangat pun.

MyInfoHubs - Sekadar bergurau.

Wednesday, 3 July 2013

Comel, Kelakar & Kantoi


Jeng Jeng.... comey tak?


Jam sebab Singa, baru Rare...


Sebab mabuk sangat.. sampai sabtu tak ingat


Ingatkan karpet tadi?


Anjing Bot....


Best nya benda nie.... alamak kantoi..


Tidakkkkkkk.............


Cute takk...... hahahahaha

Jika Oksigen Di Bumi Tiada Untuk 5 Saat (25 Gambar)

Fakta yang membuka minda dan rohani.

Oksigen adalah sumber tersangat penting untuk planet Bumi kerana kesemua hidupan bergantung kepadanya. Tetapi pernahkah korang terfikir apa akan jadi sekiranya Bumi yang kita pijak ini tiada oksigen selama 5 saat? Ya, 5 saat sahaja.



















MyInfoHubs - Semua ciptaan Yang Maha Esa semestinya mempunyai tujuan. Tiada yang sia - sia ciptaanNya. Tiada kebetulan atau terjadi dengan secara tiba - tiba. Kagum kan dengan ciptaanNya? Kami insan kerdil ini rasa hina dan kerdil berpijak di Bumi Allh ini. Banyakkan bersyukur :)

Jurugambar Berani Mati Ambil Gambar Anaconda Secara Dekat (6 Gambar)

Franco Banfi merupakan penyelam Swiss yang pergi menjelajah ke rantau Mato Grosso Brazil untuk merakamkan aksi berani mait yang menakjubkan ini secara dekat. Franco terkenal dengan kebolehan beliau menangkap gambar ular Anaconda. Apa yang kami tahu, Anaconda adalah spesis ular yang tidak berbisa namun begitu mempunyai tenaga dan tubuh yang besar berbanding dari ular-ular yang lain. Ia adalah salah satu haiwan yang paling di takuti. Tapi beliau sungguh berani merakamkan gambar haiwan ini secara dekat. Bayangkan ular Anaconda berada hanya beberapa inci di bawah permukaan air dan bersedia untuk menyerang - dan korang takkan sedar ia berada di bawah permukaan air.






Foto-foto Visual Effect Film Amerika yang Sangat Mengagumkan

Ternyata filem luar negara mempunyai visual efek yang menarik. Tapi adakah anda tahu visual asal filem tersebut sebelum di edit. Jom lihat foto dibawah.