Saturday 8 June 2013

Diana Danielle Sudah Selamat Bersalin.


TAHNIAH diucapkan kepada pasangan suami isteri, Farid Kamil (kanan) dan Diana Danielle. Khabarnya, Diana sudah melahirkan anak lelaki pada hujung Mei lalu. Pasti comel.

Pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle sudah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Setakat ini masih belum dapat pastikan nama bayi atau berat semasa dia dilahirkan, tetapi dengarnya si comel itu dilahirkan di sebuah hospital berdekatan tempat kediaman Diana di Sydney, Australia, pada hujung Mei lalu.

Mesti ramai yang masih ingat, Diana ke sana untuk belajar dan ramai juga yang pelik dan tersangat prihatin dengan Diana apabila tidak mempamerkan gambar perut semasa mengandung. Itu hak dia, dia nak pamer atau tidak. Ramai juga yang prihatin tentang tempoh kehamilan Diana apabila pelakon berkenaan mengumumkan kehamilannya dalam tempoh lebih kurang dua minggu selepas bernikah pada 3 November lalu.

Belek-belek Instagram Diana, tiada pula gambar atau tanda-tanda bahawa dia ke hospital untuk bersalin. Biasalah, sesetengah artis tak suka hal keluarga mereka jadi tatapan.

Apa-apapun, Diana berbangga sudah berjaya menjadi ibu dan dalam masa yang sama bergelar pelajar perfileman di Sydney.

No comments:

Post a Comment