Saturday 8 June 2013

Soo Wincci Putus Cinta Kerana Hutang RM 1juta.


Agak tragis juga hubungan cinta yang dihadapi oleh penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini. Hanya kerana dia berhutang dengan bank RM 1juta maka keputusan untuk memutuskan hubungan yang telah terjalin selama 4 tahun sebelum dia bergelar Miss World Malaysia terpaksa diambil.

Jelas Soo Wincci bekas teman lelakinya itu pada awalnya tidak mengetahui kenapa dia mahu memutuskan hubungan mereka sehinggalah diberitahu segalanya berpunca hanya kerana wang berjumlah RM 1juta. Tambahnya juga wang sebesar itu dipinjam dari pihak bank kerana mahu mengembangkan kerjaya nyanyianya di Taiwan dengan kemunculan sebuah Album baru.

“Dia (Bekas Teman Lelaki) sebenarnya sudah merancang untuk mengahwini saya pada masa itu tapi saya yang meminta agar perhubungan kami diputuskan dipertengahan jalan sebab saya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya, lagipun dengan jumlah wang 1 juta itu saya tak nak membebankan sesiapa dan saya pun tidak menyesal memutuskan hubungan kami. Lagipun bekas teman lelaki saya sudahpun bertunang dan dia akhirnya faham kenapa saya mengambil keputusan itu”

“Keputusan untuk meminjam wang ini sudah saya rancang lama dan saya akui ini merupakan satu risiko besar yang terpaksa saya tanggung, jika tidak kerana 1 juta tidak mungkin saya mampu berada disana. ”


Disebabkan wang besar ini juga menjerumuskanya ke satu lagi kancah permasalahan apabila dipandang serong oleh kebanyakkan peminat dan juga kalangan rakan rapatnya sehingga timbul ura-ura mengatakan keputusan seberani ini diambil hanya disebabkan dia ‘dibela’ oleh seseorang berstatus VVIP. Bagaimanapun disangkal oleh penyanyi jelita ini.

“Tidak, saya tak ada Dato atau sugar daddy yang bela saya, walaupun saya pernah banyak kali di Offer untuk jadi perempuan simpanan dengan habuan yang lumayan tapi itu bukan cara saya untuk hidup mewah dan senang.”

“Saya masih lagi ada harga diri yang perlu dimartabatkan. Biarlah saya bermula dari bawah, biarlah saya bermula dengan pelbagai kesusahan asalkan tidak sesekali terjebak dengan perkara macam itu.” Tambah Soo Wincci yang kami temui di Bukit Jalil

No comments:

Post a Comment