Sunday 9 June 2013

Salah Lapor Jumlah Kekayaan, Putera Arab Saudi Saman Forbes.


Putera Arab Saudi, Alwaleed Talal menyaman majalah Forbes selepas didakwa menyiarkan maklumat palsu tentang jumlah kekayaannya sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion), berbanding jumlah sebenar iaitu AS$30 bilion (RM93 bilion).

Laporan MailOnline menyebut, Alwaleed yang juga antara ahli perniagaan terkaya dunia, mendakwa majalah berkenaan memandang rendah kekayaannya dengan meletakkan beliau di tangga ke-26 dalam Senarai Individu Terkaya Forbes 2013.

Menurut Alwaleed, 58, jika Forbes mengambil kira jumlah sebenar, kedudukannya akan dicatatkan dalam senarai 10 orang paling kaya.

Putera itu turut mendakwa, majalah itu melakukan pengiraan yang tidak tepat sekali gus memaparkan sifat berat sebelah terhadap pelaburan dan institusi kewangan dari Asia Barat.

Beliau memfailkan saman terhadap tiga kakitangan Forbes iaitu editor, Randall Lane dan dua wartawan majalah berkenaan di Mahkamah Tinggi, London, Britain.

Alwaleed menegaskan, senarai yang dikeluarkan Forbes itu menjejaskan reputasi dan kewangan syarikatnya, Kingdom Holdings yang menguasai beberapa pelaburan besar termasuk dalam syarikat Apple, Facebook, Twitter dan News Corp.

Beliau turut memiliki aset di beberapa buah negara seperti Hotel Savoy, Hotel Plaza di New York, rangkaian Hotel Four Seasons dan mempunyai pelaburan bersama pemilik kompleks Canary Wharf di London.

Maklumat Putera Alwaleed Talal :

Umur : 58
Sumber Kekayaan : pelaburan, diri sendiri
Kerakyatan : Saudi Arabia
Pelajaran : Bachelor of Arts / Science, Menlo College; Master of Science, Syracuse University
Status Perkahwinan: Berkahwin
Anak: 2












No comments:

Post a Comment