Sunday 9 June 2013

Spekulasi Anak Farid Kamil, Adakah Ini Bayi Lelaki Yang Dimaksudkan?.






Salam Isnin buat semua pembaca yang masih lagi dalam mood bercuti rasanya.Apakan daya demi membawakan perkhabaran terkini buat anda semua awal-awal pagi  sudah melayar ke setiap inci maya ini mendapatkan cerita terkini.

Terjumpa pulak satu cerita yang menarik mengenai pasangan yang pada pandangan saya macam main tarik tali. Macam nak beritahu tapi macam nak sembunyi-sembunyi. Tak jelas la sebenarnya dengan tujuan dan sebab sebenar si Farid Kamil berbuat demikian.

Entri di Instagram miliknya iaitu @faridkamilz itu semalam menimbulkan pelbagai spekulasi yang dilihat mengelirukan melalui caption yang berbunyi: 'Welcome to my world my boy #boy' . Dengan lagak dan gaya Farid didalam foto tersebut, sesiapa sahaja yang membaca pasti akan terus menganggap itu adalah bayinya dan Diana Danielle.

Memanglah setelah diketahui bahawa bayi tersebut adalah anak kepada adiknya namun melalui caption yang ditulis tersebut pastinya menimbulkan kemusykilan. Lagi-lagi Farid dan Diana juga sedang menantikan kelahiran bayi pertama mereka.

JIka selebriri lain, mungkin berfikir dua-tiga kali nak letak entri sedemikian. Dalam dunia media sosial yang kini dilihat banyak melahirkan haters yang tampil bersuara lantang memberikan hujah masing-masing, lebih baik entri yang mengundang tohmahan dan spekulasi seperti ini dielakkan.

Lagipun kalau diri sendiri berada di tempat Farid atau mana-mana insan yang bakal bergelar bapa atau ibu buat kali pertama pasti menyimpan saat manis seperti ini bersama bayi mereka sendiri yang juga dijangkakan lahir tidak lama lagi.

Bukanlah mahu menambahkan kekeruhan, kita tidak mahu spekulasi dan hal yang sensitif seperti anak dan perkahwinan akan menjadi tanda tanya atau masih lagi dipersoalkan di belakang hari kelak. Tidakkah itu akan menyumbang kepada permasalahan lain, betul tak?

Kalau nak suruh Farid Kamil ulas pun tiada apa yang akan dijawab kerana sudah jelas terjawab itu adalah anak adiknya. Sudahlah perkahwinan mereka turut menimbulkan pelbagai spekulasi dan sebagainya, ditambah pula dengan gambar ini, jangan nanti perkara berbangkit seperti ini memakan diri.

Apa-apa pun tahniah juga kepada Farid Kamil yang mendapat anak saudara daripada adiknya Anis Anwar. Diharapkan Farid dan Diana juga akan bersedia menerima tanggungjawab baru iaitu sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka yang dikhabarkan sedang menunggu hari itu.

No comments:

Post a Comment