Monday 4 February 2013

Maksud Disebalik Jampi Sihir Dalam Cerita Harry Potter


harry potter
Adakah anda pernah terfikir, J.K. Rowling iaitu pencipta Harry Potter, tidak membuat jampi sihir yang digunakan dalam cerita itu begitu sahaja tetapi jampi sihir tersebut mempunyai maknanya yang tersendiri. Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts ternyata ada asal usulnya, yang kebanyakkannya berasal dari Bahasa Latin. Berikut adalah contoh jampi-jampi sihir yang digunakan dalam cerita  Harry Potter.
‘Accio’
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arahmu. Perkataan “Accio” sebenarnya berasal dari bahasa Latin yang bermaksud “Aku memanggil”.

avada+kedavra Maksud Disebalik Jampi Sihir Dalam Cerita Harry Potter
‘Avada Kedavra’
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Orang tua Harry Potter mati akibat jampi sihir ini. Dalam bahasa Aramaic, “Avada Kedavra” bermaksud “I will destroy as I speak”.  Bunyinya lebih kurang sama dengan “Abracadabra”, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering digunapakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.
‘Crucio’
Ini juga jampi jahat yang biasa digunakan untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, “crucio” bermaksud “saya menyiksa”.
expecto+patronum Maksud Disebalik Jampi Sihir Dalam Cerita Harry Potter
‘Expecto Patronum’
Jampi penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Lagi-lagi jampi ini diambil dari bahasa Latin iaitu “expecto” yang bermaksud “menunggu atau berharap”, dan “patronus” yang bermaksud “pelindung”. Jadi expecto patronum itu lebih kurang maksudnya seperti “menunggu datangnya pelindung”.
‘Expelliarmus’
Ini jampi handalan Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh. Diambil dari bahasa Latin “expellere”  yang bermaksud “mengeluarkan atau melepaskan”, dan “arma” yang bermaksud “senjata”.
‘Impedimenta’
“Impedimenta” dalam bahasa Latin bermaksud “halangan”. Jampi ini biasa digunakan untuk membuat rintangan bagi melambatkan pergerakan musuh.
lumos Maksud Disebalik Jampi Sihir Dalam Cerita Harry Potter

‘Lumos’
“Lumos” bermaksud “cahaya”. Jampi inilah yang digunakan  untuk membuat hujung tongkat sihir  menyala seperti lilin.
‘Rictusempra’
“Sempra” berasal dari kata “sempre” yang bermaksud “selalu”, sedangkan “rictum” bermaksud mulut atau rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.
‘Stupefy’
Ini juga salah satu jampi sihir yang selalu digunakan ketika perang, tapi efeknya tidak melukai dan ia hanya menyebabkan seseorang itu pening atau pun bingung.Dalam bahasa Inggeris, “stupefy” bermaksud “pening”.
wingardium+leviosa Maksud Disebalik Jampi Sihir Dalam Cerita Harry Potter
‘Wingardium Leviosa’
Ini adalah salah satu jampi sihir yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts pada tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sesuatu benda  terangkat dan berterbangan di udara. Asal usulnya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggeris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang bermaksud langit. Sedangkan “Leviosa” berasal dari bahasa Latin, “levare” yang bermaksud mengangkat atau mengambil.
P/s : Saya merupakan salah seorang peminat Harry Potter.  5 Bintang untuk cerita ini. Hehe 20x20 big smile Maksud Disebalik Jampi Sihir Dalam Cerita Harry Potter

No comments:

Post a Comment