Sunday 18 August 2013

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia ( Video ).


Obake Yashiki adalah rumah hantu yang konon terbesar di dunia dan terletak di tamanpermainan Fuji Q Highland Park di kaki Gunung Fuji.

Rumah hantu ini mengambil tema rumah sakit berhantu dan dibina di sebuah bangunan tua dua tingkat. Di sini pengunjung bebas untuk melewati rumah sakit ini dari arah manapun, kerana memang tidak ada laluan khusus yang disediakan oleh si pemilik taman tema ini.

Pekara ini disengajakan untuk memberikan sensasi seram yang 'real' bagi para pengunjung, terutama ketika mereka tersesat hehe.

Jadi bayangkan saja , rumah hantu biasa yang mempunyai laluan pun sudah boleh membuat kita meremang bulu roma, apalagi yang tidak mempunyai laluan.

Khabarnya lagi, tata rias hantu yang digunakan oleh para aktornya sudah disesuaikan dengantata rias standard filem seram Jepun. Dan anda perlu menghabiskan masa 1 jam untuk menyelesaikan pengembaraan di rumah hantu ini.



No comments:

Post a Comment