Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia ( Video ).


Obake Yashiki adalah rumah hantu yang konon terbesar di dunia dan terletak di tamanpermainan Fuji Q Highland Park di kaki Gunung Fuji.

Rumah hantu ini mengambil tema rumah sakit berhantu dan dibina di sebuah bangunan tua dua tingkat. Di sini pengunjung bebas untuk melewati rumah sakit ini dari arah manapun, kerana memang tidak ada laluan khusus yang disediakan oleh si pemilik taman tema ini.

Pekara ini disengajakan untuk memberikan sensasi seram yang 'real' bagi para pengunjung, terutama ketika mereka tersesat hehe.

Jadi bayangkan saja , rumah hantu biasa yang mempunyai laluan pun sudah boleh membuat kita meremang bulu roma, apalagi yang tidak mempunyai laluan.

Khabarnya lagi, tata rias hantu yang digunakan oleh para aktornya sudah disesuaikan dengantata rias standard filem seram Jepun. Dan anda perlu menghabiskan masa 1 jam untuk menyelesaikan pengembaraan di rumah hantu ini.



CEO Japanese Airlines Paling Genius Di Dunia ( 5 Gambar ).

Anda ingin kenal seorang ketua paling berkaliber di dunia. Mari baca cerita Haruka Nishimatsu, CEO  yang tersenarai dalam 10 penerbangan terbaik dunia. Apa yang menarik mengenai dia adalah dia berkomunikasi dengan semua staf, gaji dia lebih rendah dari staf dan mengalami apa yang dialami oleh pekerjanya seperti menaiki bas serta berbaris di kantin.







Jangan Pakai Seluar Dalam/Bra Ketika Tidur.


‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan melancarkan kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.


Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.


p/s : Lepas ni jangan la pakai yer.. Tapi jangan la telanjang bulat plak.. Xsenonoh.. Hehe


Jutaan Mati Kebuluran Dan Kemiskinan Akibat Ketidakstabilan Ekonomi India ( 8 Gambar ).

Dengan ekonomi dunia yang semakin merosot, segalanya menjadi tidak tentu bukan sahaja di India tetapi juga seluruh dunia. Tetapi keadaan memang kritikal di India dengan 3,000 orang kanak-kanak dijangka meninggal dunia setiap hari kerana kebuluran, kemiskinan atau penyakit. Jadi kita yang masih mampu itu, bersyukur dengan segalanya.











Saturday, 17 August 2013

Rekod Kesesakan Lalu Lintas Paling Teruk Di Dunia ( 3 Gambar ).

Ianya merupakan sejarah dunia - rekod traffic jam paling panjang dan paling lama pernah berlaku di dunia. Kejadian ini berlaku pada Ogos 2010 di sepanjang lebuh raya Beijing-Tibet dimana kesesakan jalan raya berlaku sejauh 260 km. Dikatakan kenderaan yang terlibat dalam kesesakan ini hanya mampu bergerak sejauh 1 km (0.6 mi) sehari dan ia mengambil masa selama 12 hari untuk pulih!





Makanan Komando Malaysia Di Dalam Hutan ( Video ).


Berikut ialah gambar dan video Komando Malaysia di dalam hutan ketika menjalani latihan. Sempoi je pakai cawat daun. Yang paling best ialah makanan mereka. Dikatakan bahawa komando Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Nak jadi hebat macam diorang? Korang kene makan apa yang mereka makan dalam video kat bawah ni. Layan...





Air Terjun Yang Mengalir Ke Atas ( Video ).


Sebenarnya bukan mengalir, tapi terbang ke atas. Just tak pasti nak letak word apa. Ribut dan angin kuat yang melanda selatan Sydney telah menyebabkan air terjun terbang ke atas dan tidak menjunam ke bawah. Memang fenomena yang jarang-jarang berlaku. Kelajuan angin tersebut mencecah 120 km/j atau 75 mph. Memang laju beb.

Spesifikasi Penuh dan Harga Proton Suprima S ( 14 Gambar ).

Baru sebentar tadi berakhir majlis pelancaran model terbaru Proton, Proton Suprima S yang disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Matrade Exhibition and Convention Centre, di Kuala Lumpur. Berikut spesifikasi penuh Proton Suprima S serta beberapa gambar sekitar majlis pelancarannya sebentar tadi:


Harga:
Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Spesifikasi: (klik untuk besarkan imej)



Gambar sekitar pelancaran:


















Kekejaman Tentera Amerika Memperkosa Wanita Iraq ( Video ).

Ini lah perangai sebenar wajah tentera Amerika yang sering digembar-gemburkan sebagai sebuah pasukan tentera yang terbaik di dunia dan sering menjaga keamanan dunia sejagat. Suatu sifat yang boleh dikatakan 'jauh panggang dari api' sebenarnya. Amat memalukan bagi sebuah negara yang dikatakan maju dan bertamadun namun akhlak dan nilai moral para tentera nya hanya se-nipis kulit bawang. Hanya pandai mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah. Ptuihhh!

Untuk pengetahuan korang, wanita-wanita Iraq yang kebanyakan menjadi mangsa rogol puak tentera Amerika ini adalah para wanita yang berstatus ibu dan anak-anak kecil yang menjadi tahanan mereka. Dah la tu, tanpa segan silu merogol mereka di hadapan tahanan lelaki yang lain pulak seolah-olah mereka ni tak ada maruah.

Gambar-gambar pemerkosaan wanita Iraq oleh tentera Amerika ni pernah menjadi kecaman antarabangsa suatu ketika dahulu, namun sayang nya, daripada ramai-ramai yang terlibat, hanya seorang sahaja yang berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman..

Kalau korang nak tengok gambar, meh tengok kat bawah ni..









Salah seorang tentera yang terlibat dalam perilaku di atas yang telah berjaya ditahan:


Maaf jika gambar diatas menyinggung sesetengah pihak.