Thursday, 23 May 2013

Kantoi Khalwat, Pengarah Tabung Haji Sorok Kepala!!

Dua gambar di atas, pasangan yang ditangkap khalwat di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada 20 Mei lepas, kira-kira 6.10 petang.

Memalukan institusi Tabung Haji kerana yang ditangkap adalah Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang, Rozimin Ahamed Kamil dan seorang staf wanita. Namun mereka mengaku tak bersalah.

Rozimin dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nor Hamiza mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama. Kalau kena, mereka akan didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Kes mereka akan disebut semula pada 27 Jun dan sekali lagi kepala mereka akan terpaksa disorok. Mereka diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

2 comments:

  1. Terlalu byk hal yg tak bermoral dtunjukkan oleh org yg dpertanggungjwbkn dgn isu2 agama. Please la government of Msia, can you get serious with your appointed leaders.

    ReplyDelete