Saturday, 25 May 2013

Wanita Cantik Nekad Bunuh Diri Setelah Mukanya Hancur Disimbah Asid




Selepas menjalani 39 pembedahan selama lebih dari 10 tahun untuk memperbaiki wajahnya yang rosak akibat disiram asid oleh suaminya sendiri, Fakhra Younus nekad mengakhiri hidupnya pada 17 Mac lalu. Perempuan 33 tahun dari Pakistan ini terjun dari tingkat 6 sebuah bangunan di Rom, Itali, tempatnya menjalani rawatan selama ini.

Fakhra masih bekerja sebagai penari di sebuah kawasan pelacuran di Karachi, Pakistan, ketika bertemu Bilal Khar, suaminya yang putra bekas Gabenor wilayah Punjab. Walaupun mereka berasal dari latar belakang yang berbeza, Bilal menikahi Fakhra. Namun, perkahwinan mereka hanya berlangsung selama tiga tahun, kerana Fakhra tidak tahan dengan si suami yang kerap melakukan kekerasan fizikal mahupun secara lisan

Pada bulan Mei 2000, ketika Fakhra sedang tidur di rumah ibunya, tiba-tiba Bilal datang lalu menyiramkan asid ke sekujur tubuh si isteri. Putra Fakhra yang berusia 5 tahun (dari hubungannya dengan lelaki lain), menjadi saksi insiden tersebut. Serangan tersebut membakar rambut Fakhra, melekatkan bibirnya kerana meleleh, membutakan satu matanya, merosakkan telinga kirinya, dan melelehkan ******** nya.

Ketika dilarikan ke hospital, Fakhra mengatakan, "Wajahku menjadi penjara untukku." Sementara anak lelakinya yang masih kecil mengatakan, "Ini bukan ibuku!"

Serangan asid tersebut menarik perhatian dunia antarabangsa. Fakhra lalu dipindahkan ke Rom, Itali, untuk menjalani rawatan intensif. Negara ini menanggung kos rawatan dan kos hidup sehari-hari Fakhra, bahkan menyekolahkan anaknya. Tehmina Durrani, bekas isteri Ghulam Mustafa Khar (ayah Bilal), adalah orang yang mengupayakan semua hal tersebut. Ia kemudian menjadi peguam untuk Fakhra.


Menurut Durrani, kecederaan yang dialami menantu tirinya adalah yang terburuk yang pernah dilihatnya dari banyak mangsa serangan asid.

"Seringkali kami mengira ia akan meninggal pada malam hari, kerana hidungnya meleleh, menyebabkannya tak boleh bernafas," ujar Durrani, yang menulis sebuah buku mengenai hubungannya dengan ayah Bilal yang juga penuh kekerasan. "Biasanya kami memberikan sedutan di mulutnya yang masih tersisa, kerana yang lain sudah meleleh dan menyatu."

Sebelum serangan itu terjadi, hidup Fakhra memang selalu susah. Ia menjadi tulang belakang keluarganya. Di lain pihak, Bilal tumbuh dalam persekitaran yang jauh berbeza kerana mewarisi kekayaan dan kekuatan dari kaum elit feudal di Pakistan.

Namun Bilal menyangkal telah melakukan serangan tersebut. Dalam suatu wawancara televisyen menyusul tindakan bunuh diri Fakhra, ia mengatakan bahawa ada lelaki lain dengan nama yang sama, yang telah melakukan kejahatan tersebut. Bilal juga mengatakan bahawa Fakhra bunuh diri kerana tidak punya wang, bukan kerana kecederaan parahnya. Bilal lalu mengkritik media kerana mengganggunya dengan isu tersebut.

"Kamu seharusnya lebih paham situasiku. Aku punya tiga anak perempuan, dan orang-orang mengejek mereka ketika mereka pergi ke sekolah," katanya.

Suami Fakhra

Dominasi lelaki

Kematian Fakhra terjadi kurang dari sebulan setelah Sharmeen Obaid-Chinoy, seorang pembuat filem Pakistan, memenangi Piala Oscar untuk kategori filem dokumentari bertema mangsa-mmangsa serangan asid. Namun menurut Durrani, Fakhra khuatir ia akan dilupakan, kerana tidak dipaparkan dalam filem tersebut.

Kes Fakhra seharusnya menjadi peringatan bahawa kerajaan Pakistan perlu lebih banyak bertindak untuk mencegah serangan asid atau segala bentuk kekerasan terhadap perempuan kembali terjadi.

"Menurut saya negara ini seharusnya malu, bahawa sebuah negara asing (Itali) mengambil alih tanggung jawab untuk seorang warga Pakistan selama 13 tahun, kerana kita tidak boleh memberinya apa-apa. Tidak keadilan, tidak pula keselamatan," tegas Durrani.

Kisah Fakhra juga menyerlahkan penganiayaan yang dialami banyak perempuan di negara yang konservatif dan menganut budaya yang didominasi kaum lelaki. Selain itu juga sebagai peringatan bahawa kekayaan dan kekuasaan negara ini sering membebaskan orang dari hukuman. Terbukti, Bilal Khar akhirnya dibebaskan, walaupun banyak orang meyakini bahawa ia menggunakan koneksinya dengan pihak-pihak yang berkuasa untuk membebaskan diri dari undang-undang.



Selama tahun 2011, dilaporkan kes-kes pernikahan yang dipaksakan, lebih dari 8500 kes serangan asid, dan bentuk-bentuk kekerasan lain terhadap perempuan di Pakistan, demikian menurut The Aurat Foundation, sebuah organisasi hak-hak asasi wanita.

Fakhra memutuskan untuk mengakhiri hidupnya kerana merasa putus asa, kerajaan Pakistan hanya berdiam diri mengenai pelbagai kes penganiayaan tersebut.

No comments:

Post a Comment