Monday 29 April 2013

Abby Jadi Isteri Norman Semula Hanya Atas Keizinan Memey



Meskipun belum pernah terfikir untuk menjalinkan ikatan yang sah bersama bekas isterinya, aktor berbadan sasa, Norman Hakim berkata dia tidak menolak kuasa Tuhan jika ditakdirkan dia dan Abby Abadi kembali bersatu.


“Memang hubungan saya dan Memey Suhaiza (isteri) dengan Abby Abadi mesra.

“Kerana kami menjalinkan hubungan yang baik demi kebahagiaan anak-anak.

“Malah saya bersyukur kerana dapat bersama dan berkumpul tanpa memikirkan persengkataan yang lalu.

“Namun untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya.

“Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami.

“Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama,” katanya yang dihubungi murai.com.my.

Norman Hakim diminta mengulas mengenai komen peminat di murai.com.my yang melihat kemesraan mereka itu sebagai tanda Norman dan Abby akan berkahwin semula.

Namun jika benar Norman Hakim ditakdirkan akan berkahwin semula dengan Abby, dia memberitahu semuanya itu akan berlaku dengan keizinan isterinya, Memey Suhaiza.

“Saya sudah cukup gembira dan bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang.

“Saya dan Abby memang menjalinkan hubungan yang baik kerana dia ibu kepada anak-anak saya.

“Namun jika ditakdirkan saya akan berkahwin dengan Abby, ianya berlaku dengan keizinan isteri saya terlebih dahulu,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai hubungan baik yang terjalin, Norman memberitahu dia, isteri dan Abby sejak akhir ini sering keluar bersama dalam membantu bekas isterinya itu untuk membuka sebuah butik pakaian.

“Akhir-akhir ini kami memang kerap keluar bersama untuk membantu dan memberi sokongan dan sedikit idea kepada Abby yang mahu memulakan perniagaan.

“Setakat ini kami berkawan secara profesional dan baik ,” luahnya lagi.

Baru-baru ini mereka bertiga dan sekeluarga hadir ke hari sukan anak mereka dan Memey pertama kali telah dilihat muncul dengan imej bertudung-Murai.com.my


Jawapan Memey Sebelum ni:

Memey Enggan Bermadu

Pelakon berusia 24 tahun ini sudah berbaik dengan bekas isteri suaminya, Abby Abadi. Ditanya sama ada beliau sanggup menerima Abby menjadi madunya andai Norman merujuk semula dengan Abby, Memey memberitahu, “Secara umum, tanyalah saja mana-mana wanita, pasti jawapan mereka sudah tentu tidak mahu bermadu. “Bagi saya, perkara itu hak masing-masing jika ada wanita yang boleh berkongsi kasih, namun kalau boleh, saya enggan berkongsi kebahagiaan saya dengan wanita lain kerana saya kini sedang hidup bahagia,” ujar Memey yang sentiasa mendoakan yang terbaik bagi rumahtangganya.

No comments:

Post a Comment