Tuesday 16 April 2013

[VIDEO] Pesawat Tambang Murah LION Air TERHEMPAS di Laut





13 April, Sabtu, BALI, Indonesia: Lion Air jet yang membawa lebih daripada 100 penumpang dan anak kapal telah terhempas ke dalam laut ketika cuba mendarat di pulau peranginan Bali, Indonesia, dan telah mencederakan sehingga 45 orang. 

Semua 101 penumpang dan tujuh anak kapal telah diselamatkan dari bangkai kapal terbang, kata I Made Krisna Maharta, seorang pegawai agensi penyelamat Bali.  

Terdapat lebih kurang 45 orang mangsa telah dibawa ke beberapa hospital untuk rawatan, tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan, kata jurucakap lapangan terbang, Alfasyah. Dipercayai hanya terdapat tiga warga asing di dalam kapal terbang tersebut iaitu dua orang warga Singapura dan seorang rakyat Perancis. Ketiga-tiga mreka hanya mengalami kecederaan ringan. 

Pegawai-pegawai pada mulanya melaporkan bahawa pesawat telah tergelincir dari landasan dan jatuh ke dalam laut, namun jurucakap Lion Air, syarikat penerbangan kos rendah itu pula menyatakan sebaliknya pada sidang akhbar. Beliau menyatakan pesawat telah terhempas ke dalam laut sebelum mendarat yang dikatakan berpunca daripada cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai pada masa kemalangan.







No comments:

Post a Comment