Zahra Aboutalib membawa kandungan selama hampir setengah abad. Dalam kisah menarik, doktor dan ahli bedah menjelaskan bagaimana bayinya meninggal, bagaimana bertahan di dalam dirinya begitu lama dan mengapa tidak pernah membunuhnya.
Zahra berusia 26 ketika dia hamil tapi dia tidak melahirkan bayinya hingga hampir setengah abad kemudian. kisah yang luar biasanya bermula pada tahun 1955, ketika itu water dia pecah la dan dia pergi ke rumah sakit untuk melahirkan. Tepat sebelum ia dijadualkan akan dilihat oleh doktor, dia melihat seorang wanita dan bayinya meninggal selama operasi caesar. Jadi Zahra melarikan diri dari rumah sakit sebab ketakutan.
Bayi itu berhenti menendang dan dia pulang ke rumah. Dia cuba untuk melupakan tentang bayi dalam rahimnya dan memutuskan untuk percaya pada mitos 'bayi tidur' tersebut. Dalam budaya Maghribi, adalah dipercayai bahawa bayi dapat hidup dalam rahim wanita untuk melindungi kehormatan dirinya.
Walaupun kehormatan Zahra tidak perlu perlindungan - dia sudah berkahwin - kepercayaan ini amat menghiburkan. Dan, ajaib, haid nya mulai lagi, tapi dia tidak pernah jatuh hamil lagi sekalipun. Jadi dua tahun kemudian Zahra dan suaminya mengambil tiga anak angkat dan lupa tentang 'bayi tidur' tersebut.
Selama lebih dari 40 tahun ia menjaga kesihatan yang baik hingga ke suatu hari dia menaung kesakitan yang teramat pada perutnya Satu ujian suara-ultra mendedahkan 'bayi tidur' nya, pada kenyataannya, adalah kehamilan ektopik, di mana kandungan itu berkembang di tiub Fallopi. Kandungan itu telah menjadi sebahagian daripada organ baru pada perutnya. Sekarang, 47 tahun selepas tarikh jatuh tempo bayi telah dihapuskan melalui operasi caesar. Berat kandungan itu lebih dari 17 inci panjang - saiz rata-rata dan berat bayi yang baru lahir.
No comments:
Post a Comment