Saturday 20 April 2013

Janin Yang Digugurkan Di Singapura ( 9 Gambar ).

Mungkin ada yang dah tengok gambar-gambar mengenai penguguran bayi ini yang berlaku di negara jiran kita. Di sebabkan kami dah dapat, nak jugalah share dengan mereka yang belum lihat lagi. Bila tengok gambar ini memang sedih. 

Bagi pendapat kami ada juga kebaikkannya bila berlakunya kejadian penguguran ini di sana. Sebab apa. Sebab nasib janin di sana lebih baik kerana di mandi,dikafan dan dikebumikan dengan sempurna. Berbanding janin atau bayi yang berada di Malaysia ini hanya di campakkan di sungai, tepi jalanraya, dan ada yang dicampakkan dari tingkat dua.


Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini.

Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan. Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.


Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama.

16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.
Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.


No comments:

Post a Comment