Friday 7 June 2013

10 Foto Romantis Dato’ Siti & Datuk K Bercuti Di Bali


Selasa lalu, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza difahamkan telah terbang ke Bali, Indonesia bersama suami tercinta, untuk bercuti dan meluangkan masa bersama.

Menerusi laman mikro Twitter milik penyanyi itu sendiri bertarikh 4 Jun lalu, beliau turut memaklumkan berita tersebut kepada peminat dengan memuat naik status dan foto tertera caption berbunyi :

 Salam..leaving for holiday..yeahhh!!! Takecare n be good guys!


Sweetnya pasangan suami isteri ni kan?

Sepanjang berada di Bali, Dato’ Siti telah sempat rakamkan beberapa foto romantiknya bersama suami tercinta dan foto-foto tersebut turut dikongsikan bersama peminat menerusi laman Instagram milik beliau.

Menerusi respon peminat, ramai melahirkan rasa gembira melihat kebahagiaan rumah tangga yang dikecapi oleh penyanyi ini dan mereka juga berharap agar kebahagaian yang dipamerkan itu akan terus berkekalan.


Untuk semua peminat Dato’ Siti, jom layan beberapa foto romantik beliau bersama suami tercinta selepas ini 








No comments:

Post a Comment