Saturday 29 June 2013

Baju bercorak makin menjadi trend



Inspirasi lukisan telah menjadi fenomena untuk pereka menghasilkan pakaian bercorak gambar. Trend ini membuktikan karya inovatif pereka dalam mewujudkan unsur seni dalam rekaan mereka.

Pada tahun 2013, pereka-pereka pakaian telah memperkenalkan pakaian imej besar yang kelihatan begitu menarik. Sesetengah gambar pada baju menampilkan panorama alam semula jadi malah ada juga yang melukis figura badan dan wajah manusia untuk menonjolkan keunikan masing-masing.

Dalam laman Tumblr, pereka Jack McCollough dan Lazaro Hernandez telah menampilkan koleksi skirt dan gaun bercorak pemandangan kolam dan imej hutan yang digayakan artis Gerhard Richter. Mereka telah memastikan baju tersebut direka dengan begitu terperinci kerana cetakan gambar tersebut begitu rumit dan kompleks.

Pereka lain seperti Jeremy Scott membuktikan bahawa koleksi baju bermotifkan rupa manusia juga boleh menjadi trend. Scott menunjukkan baju renang yang bercorak wajah wanita yang pastinya akan menggembirakan hati penggemar baju rekaannya.

Selain tu, Christopher Kane telah menonjolkan kreativiti beliau daripada koleksi Frankenstein dengan menghasilkan kemeja t bercorak muka raksasa. Samada anda mahu tampil sofistikated dan berani, baju bercetak inilah yang patut anda cuba.

No comments:

Post a Comment