Saturday 29 June 2013

Pakaian yang harus ada di dalam almari anda!


Adakah anda sentiasa mengikut arus perekembangan trend dan sering berbelanja untuk trend pakaian yang hanya bertahan sementara sahaja? Sekiranya anda merasa rugi menghabiskan wang untuk trend yang tidak kekal lama, pastikan anda memiliki beberapa pakaian yang kami senaraikan di bawah untuk tetap tampil bergaya.

Legging
Ramai wanita memilih untuk memakai legging kerana ianya selesa serta memberi ilusi bentuk kaki yang cantik. Kepada penggemar mini skirt, legging ini boleh digayakan bersama tanpa mencacatkan penampilan anda.

Jaket/ Blazer
Jaket kulit memberikan gaya kasual untuk anda bersantai bersama rakan-rakan. Ianya juga boleh dipadankan dengan gaun formal yang dikenakan agar anda boleh terus berhibur sebaik sahaja pulang dari tempat kerja.

Skirt mini
Skirt mini merupakan satu trend yang tidak pernah pupus setelah dipopularkan di London pada 1960 an. Skirt mini telah berkembang menjadi satu rekaan yang menjadi kegilaan ramai terutamanya para remaja.

T-shirt
Tshirt memang tidak asing lagi kepada kita. Padanan tshirt dengan dengan seluar bercorak boleh menampilkan gaya ringkas. Pendek kata, tshirt tetap membuatkan anda nampak menarik dan tidak akan luput ditelan zaman!

Gaun kemban
Gaun kemban memberikan gaya elegan dan selalu dipakai oleh artis-artis sewaktu di karpet merah. Anda juga boleh menggayakannnya sewaktu menghadiri majlis hari jadi teman-teman.

Kasut flat
Kepada yang tidak sukakan kasut tumit tinggi, kasut flat ini merupakan kasut yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis baju pada setiap acara samada kasual atau formal.

No comments:

Post a Comment