Friday 28 June 2013

“Saya Belum Dapat ‘Seru’ Lagi” – Kamal Adli


Bintang pelakon Kamal Adli di lihat semakin hari semakin menyinar. Bakat lakonannya kini banyak menghiasi layar TV dan Perak.

Namun, bila berbicara soal peribadi pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27 yang sedang hangat bercinta dengan pelakon Intan Ladyana mengakui masih belum bersedia dan takut untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Saya belum mendapat ‘seru’ lagi untuk berkahwin dan sementara itu saya sedang melengkapkan diri untuk ke arah tersebut,” katanya.

Pada Kamal, dia semakin trauma apabila beberapa kenalan di kalangan artis gagal dalam mempertahankan rumahtangga masing-masing oleh sebab itu dia tidak mahu terburu-buru dan ingin mempersiapak diri dan ilmu tentang rumahtangga sebelum memasuki fasa itu.

“Saya tidak mahu berkahwin hanya kerana ingin puaskan hati orang lain tetapi hanya bila saya dan Intan benar-benar bersedia yang akhirnya akan menghancurkan kami. Banyak perkara yang sedang saya fahami dan pelajari sekarang ini dalam mempersiapkan diri. Insya-Allah tiba jodoh pasti kami akan bersatu,” jelasnya Kamal Adli.
 

No comments:

Post a Comment