Sunday 30 June 2013

Selebriti yang Mempunyai Pendidikan Tinggi

-Selebriti Berpendidikan Tinggi-

 

Emma Watson bakal menamatkan pengajiannya di Universiti Brown, Julia Stiles merupakan pelajar di Universiti Columbia manakala Edward Norton dan Paul Giamatti merupakan graduan Universiti Yale. Sementara Rashida Jones pula punya ijazah dari Univerisiti Harvard.

Bukan semua selebriti Hollywood tidak berpendidikan tinggi. Antara yang lain termasuk:

Ashley Judd



Bintang "Double Jeopardy" ini bukan sahaja berlakon watak yang tegas, namun realitinya juga dia seorang yang aktif dalam politik. Tamat pengajian dalam program pentadbiran awam di Universiti Harvard pada tahun 2010, Judd aktif dalam usaha menghapuskan pemerdagangan manusia dan juga kempen kesihatan global.



Brian May



Gitaris dan pencipta lagu kumpulan Queen ini bukan calang-calang orangnya. Jika Queen tidak berjaya menjadi ikon muzik rock pun, dia masih memiliki ijazah PhD dalam astrofizik dari Kolej Imperial London dan kini diangkat menjadi Canselor di Universiti John Moores, Liverpool.



Conan O'Brien



Ada dua jenis pelawak di Amerika. Satu, yang bersifat slapstick dan meraih jenaka dari realiti kehidupan, dan satu lagi yang berunsur intelektual. Hos televisyen terkenal, Conan O'Brien merupakan jenis kedua, tamat pengajian dari Universiti Harvard di mana bapanya juga seorang profesor di sana, sementara dia turut menulis dalam majalah jenaka kampus mereka.



Christy Turlington



Jangan tertipu dengan klise semua model bodoh, kerana Christy Turlington, yang menyambung pengajiannya ketika masih membuat kerja peragaan, memiliki ijazah sarjana muda dalam perbandingan agama dan falsafah timur dari Universiti New York, sementara ijazah sarjana dalam bidang kesihatan umum dari Universiti Columbia.


David Duchovny



Dalam "Californication", David melakonkan watak seorang penulis bermasalah bernama Hank Moody. Tapi secara realitinya, dia memiliki ijazah sarjana dalam bidang kesusasteraan Inggeris di Universiti Yale. Malangnya, dia tidak pernah menamatkan pengajiannya dalam perbandingan sastera untuk memperoleh PhD.


Hill Harper



Dia mungkin seorang forensik dalam "CSI: New York", tapi dia juga seorang yang cemerlang dalam bidang akademik, memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti Brown, Juris Doctor dari Harvard Law School, dan ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran awam dari Universiti Harvard.



James Franco



Franco merupakan antara bintang Hollywood yang paling dikenali kerana minatnya dalam bidang akademik. Dia memiliki ijazah sarjana muda dari UCLA, kemudian menerima ijazah sarjana dalam Seni di Universiti Columbia dan juga Ph.D. dalam jurusan Bahasa Inggeris di Universiti Yale.

Natalie Portman



Selain daripada mempelajari bahasa Perancis, Jepun, Jerman dan Arab, pada tahun 2003, bintang "Black Swan" ini tamat pengajian dari Kolej Harvard dengan ijazah dalam bidang psikologi, selain aktif dalam menghadiri syarahan mengenai keganasan dan cegah keganasan.

Ricky Gervais



Dia mungkin terkenal kerana jenakanya yang agak celupar, selain menjadi pencipta sitkom "The Office", tapi Gervais bukan bercakap kosong. Dia memiliki ijazah dalam bidang seni di Kolej Universiti London dan turut mengambil pengajian dalam bidang falsafah.

No comments:

Post a Comment