Saturday 29 June 2013

SISTEM PENGANGKUTAN HIBRID KAPAL TERBANG DAN KERETAPI MASA HADAPAN (17 GAMBAR)

Horizon ialah konsep kenderaan pengangkutan awam masa hadapan yang dihasilkan oleh Mason Holden seorang pelajar dari Glasgow. Horizon menggabungkan kapal terbang dengan sistem keretapi elektrik. 

Enam buah gerabak keretapi elektrik boleh bersambung dengan kapal terbang elektrik tanpa pemandu. Penumpang kemudian boleh memasuki badan pesawat untuk makan, minum dan membeli belah sebelum tiba ke destinasi mereka. 

Apabila mendarat penumpang tidak perlu keluar dari keretapi kerana ianya disambungkan terus kepada sistem pengangkutan awam bandar yang sedia ada. Konsep hibrid pesawat dan keretapi ini bukanlah sesuatu yang baru malah sudah wujud sejak awal kurun ke 20. 

Mason Holden berharap sistem Horizon boleh menjadi realiti seawal 2050. Konsep ini cool tetapi ia memerlukan semua negara di dunia menggunakan sistem pengangkutan rel yang seragam.

 I just don't see it working in Malaysia. Sistem MRT pun berterabur ada tiga jenis dalam KL! No way!




No comments:

Post a Comment