Jarang ada orang melaukan perkara yang dianggap mustahil, andainya ada pasti orang tersebut sangat luarbiasa. Terbaru, seorang lelaki Jepun, Masahito Yoshida berjaya mengelilingi dunia dengan hanya berjalan kaki dalam masa empat tahun.
Lelaki berusia 32 tahun itu memulakan misinya untuk mengelilingi dunia pada 2009 bermula dari Shanghai, China.
Sejak itu, dia telah melakukan perjalanan sejauh kira-kira 40,000 kilometer di empat benua. Yoshida melakukan aksi itu hanya kerana mahu mengelilingi dunia dan melihat keajaiban.
Misi pertamanya ialah berjalan kaki ke Cape Roca, Portugal melalui Asia Tengah dan Eropah sebelum berjaya sampai ke bandar itu pada Ogos 2010 selepas berjalan kaki sejauh 16,000 kilometer.
Dia kemudiannya melanjutkan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) menaiki pesawat dan menghabiskan masa lebih setahun untuk berjalan sejauh 6,000 kilometer dari Atlantic City, New Jersey ke Vancouver, Kanada.
Pada hujung 2011 pula, Yoshida melakukan penerbangan ke Melbourne, Australia dari Kanada dan berjalan ke Darwin sebelum ke Singapura dan kembali ke Shangai, China.
“Sepanjang ekspedisi ini, saya berdepan beberapa insiden berbahaya, tetapi ia memberi kesedaran kepada saya bahawa masih ramai orang yang baik hati di dunia ini,” katanya yang dipetik daripada laman web Oddity Central. – AGENSI
No comments:
Post a Comment