Friday 28 June 2013

Nadi Anaqi, Nama Putera Sulung Zahiril Adzim & Shera Ayob

Untuk anda yang ketinggalan, Zahiril Adzim dan Shera Ayob telah pun bergelar ibu bapa kira-kira seminggu yang lalu. Kelahiran anak sulung mereka pastinya akan memeriahkan dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri ini. Putera sulung comel ini telah diberi nama Nadi Anaqi.


Berkata kepada Media Hiburan, Shera menjelaskan pemilihan nama Nadi Anaqi:-

"Kami sepakat memilih nama Nadi Anaqi yang membawa maksud keindahan yang menawan hati. Nama itu dipilih kerana mempunyai maksud yang baik disamping mudah disebut"




Semoga Nadi Anaqi akan membesar dengan penuh sihat serta menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat apabila dewasa kelak. Kepada Zahiril dan Shera, tahniah sekali lagi atas kelahiran putera sulung anda. Selamat menempuh alam ibu bapa.

No comments:

Post a Comment