Wednesday 5 June 2013

Dafi AF Kena Tangkap Khalwat Bersama Pembantu Peribadi


Selepas isu khalwat Shahz Jaszle, kali ini giliran Dafi AF pula berhadapan dengan tuduhan khalwat? Macam tidak percaya tetapi Dafi AF mempunyai penjelasan sendiri terhadap insiden di Johor itu.

Utusan Malaysia semalam mendakwa yang Dafi AF yang berada di Batu Pahat, Johor untuk satu penggambaran telah di’tangkap khalwat bersama pembantu peribadinya & mereka tidur dalam satu bilik hotel yang sama.
Dafi AF menceritakan, kira-kira jam 1.00 pagi bilik beliau telah diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat.
Mereka meminta izin untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang beliau bersekedudukkan dengan wanita dan Dafi AF memberikan kerjasama untuk mereka memeriksa kerana percaya dirinya tidak bersalah.
Kumpulan empat orang lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi AF selepas mereka tidak memjumpai apa apa bukti yang beliau berkhalwat.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik.
Apapun keadian tersebut memberi satu pengajaran besar buat Dafi. Dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya tidak semuanya begitu.

Dituduh kena tangkap basah. Apa cerita Dafi?

Itu yang saya hairan. Macam mana ada orang boleh buat aduan yang saya bersekedudukkan dengan wanita. Masa itu saya ada penggambaran drama di Batu Pahat, Johor. Kami memang berkampung di sana. Tapi tak adalah sampai saya tidur sebilik dengan perempuan.

Macam mana boleh timbul cerita? Maklumlah, jadi artis ini, banyak mata yang memerhati.

Masa itu pukul 1 pagi. Saya ada dalam bilik sebelum ada orang ketuk pintu. Bila pintu dibuka, saya terkejut ada empat orang lelaki mengaku anggota pencegah maksiat. Mereka minta izin geledah bilik saya sebab dapat aduan yang saya bersekedudukkan dengan wanita. Perkara itu tak betul.


Dafi beri kerjasama atau tidak?

Mestilah saya beri mereka masuk sebab saya tak buat salah. Memang agak terkejut sebab saya tak pernah kena benda macam ini. Tapi saya faham mereka jalankan tugas. Lepas dah terbukti memang tak ada perempuan dalam bilik saya, mereka beredar dan minta maaf. Mereka beritahu, ada orang buat aduan. Saya dituduh tidur sebilik dengan pembantu peribadi (PA) saya.

Jadi PA Dafi tidur di mana?

PA saya memang wanita. Kami berkongsi tingkat hotel yang sama tapi bukannya berkongsi bilik. Entah siapa yang buat cerita ada orang nampak dia menyelinap masuk bilik saya dan kami tidur sekali. Itu memang mengarut.


Apa reaksi Dafi bila dituduh begitu?

Terus-terang, agak kelakar jugalah sebab orang yang nak buat aduan itu tak siasat dulu. Saya sakit hati juga sebab dia tabur fitnah pada saya. Iyalah apa motif dia kan? Bila saya fikir balik, mungkinlah ada orang cuba nak kenakan saya atau mungkin juga cuba nak kenakan ayah saya. Kita tak tahu bukan.

Orang nak kenakan Dafi kerana Dafi seorang artis. Apa pandangan Dafi mengenai situasi ini?

Saya faham peraturan adalah peraturan. Mungkin ada artis lain yang buat hal macam ini tapi saya tidak. Tak semua artis macam itu. Janganlah tuduh melulu. Kalau kebetulan duduk berdua sebab nak bincang skrip atau membabitkan kerja, takkanlah nak tuduh dia sedang buat jahat? Tengok situasilah. Apa pun, perkara yang boleh dielak, lebih baik dielakkan.

Apa komen keluarga?


Saya ada bercerita mengenai hal ini dan mereka minta saya berhati-hati kerana kita tak tahu bila atau siapa yang mahu mengambil kesempatan mengenakan kita.

Adakah Dafi anggap hal ini umpama satu tamparan buat kerjaya Dafi?

Saya tak buat salah maka saya tak perlu takut. Cuma ini adalah satu ‘loceng penggera’ buat saya supaya lebih berhati-hati. Kalau nak bertindak apa-apa, kena fikir dengan waras. Sebab orang nak kenakan kita, bila-bila masa saja. Ini satu pengajaran buat saya.

No comments:

Post a Comment