Wednesday 5 June 2013

Menara Burj Khalifa Disambar Kilat !!!

Fenomena menakjubkan apabila panahan kilat menyambar puncak bangunan tertinggi di dunia. Sepertimana yang kita tahu Burj Khalifa Emiriah adalah pencakar langit tertinggi di dunia gah setinggi 828 meter.



Ia telah dibina dengan 4,000 tan metrik keluli, dibina supaya kilat terpesong dari struktur utama.

Pembinaan Burj Khalifa, yang menggabungkan sebuah hotel, rumah pangsa kediaman dan pejabat, adalah satu cabaran yang besar. Kerja membina bangunan menara tertinggi di dunia ini bermula pada tahun 2004 dan ia secara rasmi dibuka pada tahun 2010.


Kerana berat yang melampau, konkrit khas diperlukan untuk menahan tekanan, manakala suhu yang tinggi di negara ini, yang boleh mencapai 50 darjah, bermakna kerja hanya berlaku pada waktu malam, dengan ais ditambah kepada campuran konkrit untuk memastikan ia sejuk.










Selepas paparan menggerunkan ini, lihat pula gambar yang menakjubkan, pemandangan indah pelangi, yang membentuk gerbang atas menara tersebut.



No comments:

Post a Comment