Meskipun begitu, Samsung mengatakan telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Microsoft itu, adalah prototipe sahaja dan masih dalam proses pembangunan.
Untuk membolehkan telefon ini dilentur, Samsung meletakkan bahan kimia khas di atas plastik tipis bukan kaca.
Ia menggunakan teknologi pemancar cahaya organik diode atau OLED. Hanya lapisan tipis bahan kimia yang diperlukan untuk menghasilkan skrin yang cerah berwarna-warni.
Samsung juga mempamerkan televisyen LED bersaiz 55inch yang melengkung di pameran itu, dikatakan menjadi yang pertama seumpamanya di dunia.
No comments:
Post a Comment