Monday, 29 July 2013

Syarat Farid Kamil Buat Ibu Diana Danielle


Pelakon dan pengarah Farid Kamil meletakkan syarat jika ibu mertuanya, Norsiah Ramli ingin bertemu isterinya, Diana Danielle dan anak mereka. 

"Apa yang boleh saya katakan, sekiranya dia (Norsiah) ingin melihat anak dan berjumpa isteri saya, suruh dia datang jumpa saya dulu. Selagi beberapa perkara belum selesai, adalah lebih baik dia berjumpa saya dulu. 

"Saya risaukan perkara yang tidak diingini serta kemungkinan yang buruk akan berlaku pada anak dan isteri saya. Saya dapat merasakan mertua saya akan melakukan sesuatu yang buruk kepada mereka. 

"Saya bukan berdendam tetapi lebih kepada mahu melindungi anak dan isteri saya. Lagipun sebelum ini saya dengar banyak cerita negatif yang keluar dari mulut ibu mertua saya tentang kami berdua," ujar Farid seperti dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.



Persengketaan antara Farid, 32, dan ibu mertuanya yang dilihat semakin tegang tercetus selepas pelakon ini meluahkan rasa kecewanya terhadap Norsiah di laman sosial Twitter. 

Malah timbul desas-desus mengatakan Norsiah tidak merestui perkahwinan mereka. Malah Farid turut memberitahu Diana, 22, turut kecewa dengan tindakan ibunya itu. 

"Sepanjang Diana berada di Australia, saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. 

"Apa yang saya lihat, Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," katanya lagi. 

Farid dan Diana telah menyambut kelahiran putera sulung mereka pada 2 Julai lalu, tetapi masih belum memberi nama. 

Pasangan yang diijabkabul pada 3 November 2012 bakal pulang ke Malaysia bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

No comments:

Post a Comment