Tuesday 30 July 2013

Konsert Dato' Siti Pada Lebaran Syawal


Menghidupkan tagline Raya Kita sempena Aidilfitri ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menampilkan nama-nama besar lama dan baru dalam industri muzik menghiasi program-program hiburan terbaik yang dijanjikan tayangannya sepanjang perayaan ini menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi. 

Saksikan kemunculan artis dengan nama besar antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid dan Ramli Sarip dalam konsert mereka sendiri sebagai menghargai perjalanan karier mereka dalam industri seni. Malah mereka turut menghiburkan penonton dengan lagu raya malar segar masing-masing. Begitu juga kemunculan artis-artis baru yang turut sama memeriahkan program hiburan, komedi muzikal, candawara dan konsert bertemakan Hari Raya ini. 

 Hiburan bermula sehari sebelum menjelangnya raya dengan program Akustika Syawal pada 7 Ogos; 9.30 malam di TV2 mengajak penonton berhibur dengan artis popular Jamal Abdillah, 6ixth Sense, Nubhan, Liza Aziz, Azlina Aziz, Kumpulan Hijjaz, Tasha Manshahar dan Fauziah Gambus selain menampilkan gandingan pengacara Awal Ashari dan Prof Izzi.








No comments:

Post a Comment