Monday, 29 July 2013

Farawahida Akan Berkahwin Hujung Tahun Ini?


Penyanyi Farawahida yang sebelum ini pernah berkongsi kisah percintaan di laman sosial Facebook telah mengumumkan dia akan berkahwin pada Disember ini dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai A.

"Saya dengan dia pun dah lama bercinta, 8 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk terus saja bernikah. Tak payah nak merisik dan bertunang. InsyaAllah majlis akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah pada sebelah siang dan malam pula bersanding," kata pelantun lagu "Tanpamu" ini.

Apabila ditanya mengenai lelaki yang bakal menjadi suaminya itu, Farawahida, 28, enggan mendedahkan identity kekasihnya itu kerana mengatakan masih belum sampai masanya untuk dia bercerita mengenai jejaka itu.

"Dia berusia 29 tahun. Seorang yang 'simple'. Bukan orang dalam industri. Sekarang dia bekerja dengan pakar jantung dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah. Bukan suami orang tapi masih bujang."

Mengenai persiapan perkahwinan pula, Farawahida yang sukakan majlis berkonsep ala kampung memberitahu bahawa persiapan majlis tersebut sedang diatur. Dia juga akan menghadiri kursus kahwin.

"Persiapan tu dah ada. Saya pun akan pergi kursus kahwin. InsyaAllah masa raya nanti kedua-dua keluarga akan mengadakan perbincangan yang lebih serius. Sebenarnya saya tunggu kakak saya yang kedua balik ke sini.

"Dia sekarang menetap di Jepun, ikut suami dia bekerja di sana. Jadi kebiasaannya dia boleh balik hujung tahun. Sebab tu saya pilih untuk melangsungkan perkahwinan semasa kepulangan kakak saya nanti", jelasnya.

Farawahida yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan komposer Julfekar turut mengatakan berita perkahwinan ini berjaya menutup gosipnya dengan komposer itu.

"Terbukti selama ni gosip itu tidak benar. Hubungan kami hanya sekadar bekerja. Sejujurnya ketika heboh tentang gosip itu, saya rasa tertekan. Alhamdulillah teman lelaki saya sangat memahami keadaan saya. Gosip itu langsung tidak memberi kesan terhadap hubungan cinta kami."

No comments:

Post a Comment