Jika anda semua jadi penonton setia Fear Factor Selebriti Malaysia tahun lepas, pastinya tertunggu-tunggu bilakah pula program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa itu akan disiarkan semula. Hah, jangan risau sebab memang Astro tengah bersiap sedia untuk mencari peserta musim baru.
Setakat ini ada 16 orang peserta di kalangan selebriti dan Astro mahu mencari lagi di kalangan orang ramai di mana anda semua akan bergandingan dengan selebriti. Ya, itulah kelainan pada musim kali ini. Pasti ramai yang mahu join, kan?
Fear Factor Selebriti Malaysia menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.
Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.
16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.
No comments:
Post a Comment