Wednesday 5 June 2013

Profesor Singapura Dipenjara 5 Bulan Kerana Menerima Rasuah Seks Pelajar !!!


Gambar hiasan.


Singapura: Hakim mengenakan hukuman lima bulan penjara ke atas seorang bekas profesor undang-undang semalam kerana menerima tawaran seks dan hadiah daripada seorang pelajar sebagai tukaran memberi gred baik kepadanya.

Kes itu adalah antara beberapa perbicaraan isu rasuah di Singapura yang mempunyai imej pentadbiran bersih.

Tey Tsun Hang dipecat oleh Universiti Kebangsaan Singapura minggu lalu selepas didapati bersalah atas enam tuduhan rasuah.

Hakim menyifatkan perlakuannya bercanggah dengan latar belakang defendan sebagai pegawai kanan pendidikan.

Rayu hukuman

Hakim Tan Siong Thye mengenakan hukuman penjara lima bulan ke atas defendan berusia 42 tahun itu dan mengarahkannya membayar denda S$514 (RM1,224).

Bagaimanapun, Tey merancang untuk merayu hukuman dan dijangka bebas atas ikat jamin ketika menunggu prosiding selanjutnya.

Tey dikenakan tuduhan pada Julai lalu atas dakwaan menerima tawaran seks, baju, iPod, pen mahal dan makan malam di sebuah restoran Itali daripada pelajar berusia 21 tahun itu selain menjalin hubungan intim.

Pelajar itu memberitahu penyiasat, dia juga menjalani pengguguran selepas mengandung anak Tey.

Tan mengkritik Tey ketika sesi hukuman dengan berkata defendan jelas mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dan berbohong selepas kes terbongkar.

Tey juga adalah bekas hakim yang menerima gaji tahunan S$225,000 (RM$540,000) sebagai profesor.

Hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah tujuh tahun dan denda S$100,000 (RM$237,000).

No comments:

Post a Comment