Wednesday, 31 July 2013

Kerana Fizz Fairuzz, Almy Nadia Buat Ibu Menangis


Pelakon Almy Nadia Aminuddin Shah mengakui pernah membuatkan ibunya, Roshida Hashim menangis gara-gara luahan hatinya untuk tidak mahu mempunyai insan bernama lelaki lagi dalam diari hidupnya. Kata-kata itu diluahkan selepas hubungan cintanya dengan pelakon Fizz Fairuz kecundang di tengah jalan.

“Apa yang berlaku membuatkan saya menangis kerana saya tidak kuat untuk menghadapinya. Malah, saya juga pernah terfikir untuk tidak mahu ada lelaki lagi dalam hidup saya. Namun, kata-kata saya itu telah membuatkan ibu saya menangis kerana ibu memberitahu jika kita sakit, kita perlu insan yang bernama suami atau lelaki untuk menjaga kita,” ujar Almy.

Almy ketika ditemui di Rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini juga turut memberitahu dia sudah melupakan kisah yang berlaku antaranya dengan bekas kekasih dan mengakui kini menerima Fizz sebagai kawan.

“Saya pernah meletakkan Fizz sebagai musuh saya dalam industri, namun saya berfikiran positif dan menerimanya sebagai kawan. Saya tak nak bermusuh dengan sesiapa kerana sebagai hamba Allah, saya kena berkawan dan berbuat baik dengan semua orang. Saya kurang berkawan dengan rakan artis yang lain. Tetapi sebab dia bekas kekasih saya, saya berkawan saja. Alhamdulillah, kami tiada masalah untuk berkawan. Malah, kami juga turut bekerjasama dalam program ‘Seiring Sejalan Raya’,” ujar Almy memberitahu tidak terfikir untuk kembali semula kepada Fizz.

“Tidak pernah terlintas langsung soal kembali balik kerana jika terlalu memikirkan mengenai hal ini, macam meletakkan harapan saja. Saya serah kepada Allah kerana jika terlalu mengharap kita boleh kecewa. Lagipun, soal kembali balik ini benda yang ke-100 saya nak fikir sebab banyak lagi perkara lebih penting seperti keluarga serta kerjaya yang perlu saya fikirkan,” ujar Almy lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon yang bakal meraikan sambutan Aidilfitri di kampung halamannya, Pulau Pinang ini turut menganggap apa saja yang berlaku dalam kehidupannya sejak kebelakangan ini sebagai kehendak Ilahi.

“Satu persatu dugaan yang menimpa saya. Selepas putus cinta, rumah keluarga saya terbakar, ibu saya terjatuh di bilik air sehingga tulang rusuk kanannya patah dan baru-baru ini, anak saya pula demam panas. Namun, Alhamdulillah dugaan ini membuatkan saya lebih kuat. Jika saya tidak berfikiran positif, saya rasa boleh jadi gila agaknya. Saya sentiasa letak dalam fikiran yang Allah bagi dugaan ini sebab tahu saya boleh menghadapinya.”.

Kredit -gua.com.my

Saya Malu Dengan Farid Kamil – Tiz Zaqyah… KENAPA?




Di matanya, aktor bernama Farid Kamil adalah seorang pelakon yang cukup dikagumi. Dalam erti kata lain, gadis putih gebu ini sangat meminati gaya lakonan sekaligus dan menyifatkan suami kepada pelakon Diana Danielle itu sebagai seorang bintang filem hebat.

Sementelah digandingkan bersama dalam drama adaptasi novel, Jodoh Itu Milik Kita, Tiz mengakui malu, berdebar dan janggal setiap kali berdepan dengan bintang pujaan hatinya itu.

“Awal-awal penggambaran tu saya rasa janggal. Saya jadi berdebar sebab lagipun ini pertama kali kami digandingkan bersama. Starstruck juga lah sebenar dengan dia.

“Nak, nak dalam drama ni kami sebagai pasangan suami isteri. Drama ni berat sebab saya banyak menangis. Banyak juga babak romantik. Jadi bila saya perlu manja-manja dengan Farid, saya malu. Tapi kami masing-masing anggap macam kawan-kawan dah lama-lama tu, saya mula selesa”, katanya yang sekali lagi melakonkan watak wanita bertudung.

Dicanang-canang bakal mencetus fenomena, Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan konflik dalaman suami, Aariz Danial (Farid) yang terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir menggantikan tempat adiknya yang sepatutnya berkahwin dengan Dahlia (Tiz).

Drama yang turut dibintangi Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Ziela Jalil, dan Keith Foo akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.

Sanggup Tak Beraya Demi Kucing

Dalam pada itu Tiz sempat berkongsi mengenai persiapan raya Aidilfitri. Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali menjelang lembaran, dia dan ayahnya akan sibuk mengemas rumah. Sementara ibunya pula akan menyediakan juadah hari raya. Kebiasaannya mereka sekeluarga akan beraya di subang kemudian pulang ke kampung ayahnya, di Negeri Sembilan dan selepas itu ke kampung ibu, di Melaka.

“Selalunya saya lebih suka mengemas dan menghias rumah. Ibu saya yang akan masak juadah. Baju raya pula, kami beli siap jer. InsyaAllah, kakak saya yang tinggal di Singapura akan balik ke sini raya kali ni. Walaupun keluarga kami kecil tapi raya memang meriah.

Bagaimanapun penggemar juadah rendang ayam dan nasi impit ini, sambutan raya tidak diraikan terlalu beria sebaliknya hanya sederhana. Malah untuk pulang ke kampung pun hanya untuk sekejap kerana dia risau mahu meninggalkan kucing-kucing kesayangannya dalam tempoh yang lama.

“Kat rumah, kami ada 20 ekor kucing. Ada kucing biasa dan parsi. Asalnya kucing kat rumah dua ekor saja. Waktu umur saya sembilan tahun, kawan ayah saya yang hadiahkan kucing-kucing tu. Lama-lama membiak. Keluarga saya memang pencinta kucing. Saya juga ada bela sugar glider. Saya tak suka hantar di pusat jagaan, sebab banyak terjadi kes ngeri dan saya susah nak percaya pada mana-mana pusat jagaan binatang.

“Itu yang susah kalau nak balik kampung lama-lama. Jadi keluarga saya memang akan balik hari je lah ke kampung. Kami ke kampung ayah kemudian singgah kampung ibu dan malam balik semula ke Kuala Lumpur”, katanya yang membelanjakan sebanyak RM800 sebulan bagi membeli makanan binatang-binatang peliharaannya itu.

Meskipun risaukan kucing-kucing, kata Tiz dia tetap akan pergi beraya ke rumah kekasihnya, Daniel Haziq.

“InsyaAllah, pergi. Lagipun sepupu-sepupu dia adalah kawan-kawan saya juga. Jadi kami akan saling ziarah menziarah lah nanti”, ujarnya. - Malaysian Digest

Khir Rahman Rindu Pelukan Ibu






“Tiada pengalaman sebenarnya apabila beraya tanpa ibu tersayang di samping keluarga, rasanya tidak lengkap suasana itu,” itu kata-kata ringkas yang telah diluahkan oleh pelakon dan pengarah, Khir Rahman ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Darul Kifayah anjuran Grand Brilliance Sdn Bhd.

Secara bersahaja dan penuh berhemah dia memberitahu kepada GUA bahawa kehilangan arwah ibunya begitu terasa bagi mereka sekeluarga, lebih-lebih lagi bapanya yang sebelum ini tidak pernah berenggang dengan arwah ibunya.

“Kehilangan ibu saya begitu terasa buat ayah kerana selama 44 tahun arwah dan dia sememangnya tidak boleh berjauhan dan kini dia terpaksa melalui kehidupan secara bersendirian tanpa ibu. Saya sebagai anak turut berasa sedih apabila melihat ayah sedih dan saya berharap dia tabah dan dapat bersabar lebih-lebih lagi menjelangnya perayaan Aidilfitri pada tahun ini,” ujarnya.

Khir juga memberitahu bahawa dia dan keluarganya tidak boleh melupakan juadah wajib pada setiap Aidilfitri iaitu Roti Jala yang dimasak oleh arwah ibunya.

“Keluarga saya memang tidak akan dapat lupakan hidangan wajib pada setiap Hari Raya iaitu Roti Jala yang dimasak oleh arwah ibu. Hidangan itu merupakan hidangan terbaik dan pasti ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga apabila menjelangnya raya,” ujarnya.

Khir juga berpesan kepada semua peminat dan masyarakat di luar sana agar mereka dapat menghormati dan menyayangi ibu mereka ketika hayat mereka masih ada dan tidak sesekali mengingkari apa yang ditegah kerana itu semua ada kebaikan tersembunyi yang kita sendiri tidak tahu.

“Ada dua benda yang tidak dapat saya cari selepas arwah sudah tiada. Pertama, ibu merupakan tempat rujukan, tidak kiralah sama ada apa yang diberitahu itu benar atau salah, kerana ibu tempat kita meluahkan segala-gala yang terpendam di dalam hati. Ketika saya ingin membuat sesebuah filem atau mencari ilham, ibulah tempat yang terbaik untuk dijadikan tempat rujukan dan nasihat. Kedua yang paling sebak ialah, saya tidak dapat lagi merasakan kehangatan pelukan ibu lagi kerana melalui pelukan dan sentuhan ibulah kita dapat rasa aura syurga mengalir ketika itu,” ujarnya mengakhiri perbualan. 

Kredit -gua.com.my

Aksi Tentera Di Medan Perang ( 19 gambar ).

Kita sedia maklum, untuk menjadi tentera kita sudah semestinya mampu bertahan dalam apa juga keadaan.

Jom kita tengok aksi-aksi tentera di medan perang. Memang cool gambar diorang.




















Pendirian Neelofa…Enggan Bermadu!


KISAH rumah tangga Ashraf Muslim yang heboh diperkatakan minggu lalu, turut menarik perhatian pengacara dan pelakon berbakat besar, Nor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa.

Menurut Neelofa, biarpun jodoh merupakan ketetapan ALLAH SWT, namun sebagai seorang wanita dia mengharapkan tidak akan hidup bermadu apabila berumah tangga kelak.

“Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.

“Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri,” kata bekas juara Dewi Remaja 2010.

Bagaimanapun Neelofa berkata, kebanyakan wanita tidak suka hidup bermadu dan lebih rela bercerai supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

“Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah,” kata Neelofa yang lebih selesa mendampingi lelaki seusianya.

Turut menyimpan hasrat untuk berumah tangga, ia bagaimanapun belum menjadi keutamaan buat pengacara Nona yang sedang digosipkan dengan aktor kacak, Hans Isaac. Ini kerana fokusnya kini lebih terhadap kerjaya seninya.

Nasi Lemak Kampung Santan

Berkongsi kerjayanya, Neelofa berkata, sepanjang Ramadan dia masih memenuhi tugasnya sebagai pengacara. Lebih bermakna, filem terbarunya, Nasi Lemak Kampung Santan di samping Hans, bakal menemui penonton pada Aidilfitri ini.

“Kemungkinan saya cuti raya tak lama sebab saya perlu menjayakan promosi filem ini. Tambahan pula saya akan turut serta dengan jelajah promosi di seluruh negara bermula 12 Ogos ini,” kata bintang Azura ini.

Sementara itu, dua lagi filem lakonannya, Pilot Cafe dan Gangters Superstar bakal menemui penonton pawagam mulai tahun hadapan.

Ternyata rezeki yang diterima anak jati Pasir Mas, Kelantan ini semakin melimpah ruah apabila dia ditawarkan pula membintangi filem sekuel, Hantu Kapcai 2.

“Mungkin masyarakat lihat saya lebih banyak mengacara kerana sering keluar televisyen. Hakikatnya bidang lakonan tetap diteruskan kerana banyak tawaran yang diterima.

“Alhamdulillah… rezeki saya masih belum putus. Ada sahaja tawaran berlakon filem dan drama. Namun buat masa ini tumpuan saya lebih kepada filem kerana lebih senang untuk mengatur jadual kerja,” kata Neelofa yang banyak berguru dengan Farah Fauzana dan Nabil untuk memantapkan diri dalam dunia pengacaraan.

Kali pertama beraya di Kedah

Menyentuh mengenai Aidilfitri yang bakal tiba, Neelofa berkata, tahun ini dia tidak dapat beraya di kampung kelahirannya kerana mengikuti bapanya beraya di Alor Setar, Kedah.

Jelas Neelofa, ia juga merupakan kali pertama dia beraya di sana.

“Hanya tinggal saya dan adik-adik yang masih bujang sahaja dapat ikut ibu bapa pulang ke sana.

“Tahun ini, ramai adik beradik saya tidak dapat pulang bersama kerana giliran beraya di kampung pasangan masing-masing.

“Agak sedih juga kerana raya tahun ini pastinya kurang meriah berbanding sebelum ini,” ujarnya.

Amat menggemari juadah nasi dagang setiap pagi raya, Neelofa berkata, tahun ini dia terpaksa melupakan juadah kegemarannya itu.

“Nampaknya saya tidak berpeluang untuk menikmati nasi dagang di pagi raya. Tetapi saya berharap akan dapat menikmati juadah popular ‘Orang Utara’,” katanya yang turut menggemari biskut Almond London dan Cornflakes. – Sinar Harian Online

Liza Hanim Rindu Untuk Kembali Aktif Menyanyi


Nama Liza Hanim satu nama besar yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanahair. Pernah berada dikedudukan sebaris dengan penyanyi tersohor Siti Nurhaliza dan Ziana Zain suatu ketika dahulu lama menyepi sejak sekitar tahun 2000.

Kini Liza Hanim dilihat kembali aktif dan banyak muncul dalam majlis hiburan. Malah Liza mengakui bahawa dia rindu untuk kembali aktif menyanyi tetapi terpaksa di tangguhkan hasrat tersebut kerana komitment terhadap anak kecilnya yang baru berusia setahun.

“Memanglah saya rindu untuk merakamkan single dan saya ada perancangan ke arah itu. Tapi bukan dalam masa terdekat ini kerana sekarang saya begitu sibuk menguruskan syarikat produksi saya dan banyak terlibat dengan projek pengiklanan,” ujar Liza ketika ditemui di rakaman Melodi Raya, baru-baru ini.

“Saya tak mampu nak kembali aktif menyanyi sekarang sebab baru saja mendapat anak lelaki. Maklumlah, budak lelaki ni aktif dan lasak,” tambah Liza berkongsi kegembiraannya dianugerahkan anak ketiga hasil perkahwinannya dengan Shahrin Samsudin atau lebih dikenali dengan nama Shah Indigo.

Turut mengakui mungkin sukar untuk dia membuat kemunculan semula ekoran terlalu lama menyepi, Liza menganggap itu adalah pengorbanan yang harus ditempuhinya sebagai anak seni.

“Sekarang ni citarasa muzik sudah berubah. Jadi untuk saya kembali menyanyi, saya perlu mengikut trend masa kini. Saya anggap itu pengorbanan dan saya serahkan segalanya kepada Allah SWT,” ujar Liza.

Kredit -Ohartis.com

Dapur Api Tradisional Dari Finland ( 12 Gambar ).

Mari lihat dapur api tradisional dari Finland. Siapa nak cuba? Senang je nak buat dapur api ini.













Beckham Lancar Buku Autobiografi



LONDON – Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham akan melancarkan autobiografi terbaharunya pada Oktober depan menerusi perjanjian dengan sebuah syarikat penerbitan.

Beckham yang juga bekas pemain tengah pasukan Manchester United dan Real Madrid dijangka melancarkan buku autobiografi keempatnya pada 31 Oktober dengan Kumpulan Penerbitan Headline milik Lagardere di United Kingdom.

Pengarah penerbitan buku bukan fiksyen Headline, Jonathan Taylor telah membeli hak cipta dalam perjanjian dengan syarikat pengurusan Beckham iaitu XIX Entertainment untuk menerbitkan buku tersebut.

Menurut Taylor, buku itu sebagai meraikan penglibatan Beckham dalam dunia sukan bola sepak.

“Tidak dapat dinafikan bahawa David Beckham ialah ahli sukan paling popular di dunia dan dikenali oleh semua orang. Buku yang hebat ini akan menjadi cara terbaik untuk peminat Beckham dari seluruh dunia meraikan pencapaiannya dalam dunia bola sepak,” katanya.

Buku tersebut adalah sebahagian daripada rancangan Beckham selepas persaraan untuk memastikan jenamanya terus berjaya di pasaran dunia.

Beckham, 38, berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham dan dikurniakan empat orang anak.

Lagardere mencatatkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus dalam jualan suku pertama pada bulan Mei, didorong oleh kejayaan buku bertajuk Fifty Shades dan penerbitan buku biografi pemain bola sepak antarabangsa Sweden, Zlatan Ibrahimovic. 

Kredit –Reuters

Benjy Sah Ceraikan Safiya Dengan Talak 1 Kali Kedua




Pelakon drama, Benjy menceraikan isterinya buat kali kedua, Safiyya Stephanie Kar Leng Lee, 30, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Khairul Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 pagi selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34, dan Safiya dilihat tenang sejurus lafaz cerai dibuat.

Sebelum itu hakim telah meminta kedua-duanya saling bersalaman dan bermaafan. Benjy juga dilihat sempat mencium dahi Safiya buat kali terakhir.

Mahkamah telah menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah dan memerintahkan Safiya untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Dalam pada itu anak lelaki tunggal dramatis terkenal, Azean Irdawaty ini berkata, dia bersyukur akhirnya segala telah selesai dan dia akan meneruskan kehidupan barunya selepas ini.

Benjy turut menyatakan punca perceraian mereka adalah disebabkan tidak sehaluan lagi namun mereka masih berkawan baik.

“Tak ada apa-apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan teruskan kehidupan baru saya selepas ini. Allhamdulillah semuanya telah selesai.

“Kalau hari sekolah, Firdaus dengan ibunya, bila cuti dia dengan saya. Atau kadang-kadang kalau rindu, saya datang jumpa dia.

“Kami bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi kami masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak kami, Firdaus secara bergilir-gilir”, katanya ketika ditemui diluar dewan mahkamah.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Cintaku Saerah ini berkahwin dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee yang merupakan seorang mualaf pada 9 Februari 2004. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.

Untuk rekod, Benjy dan Safiya pernah bercerai pada 7 Julai 2008 dengan talak satu dan kemudian pasangan ini telah merujuk semula pada hari yang sama.

Benjy juga sebelum ini pernah didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram pada Mac, 2010 dan ditahan selama dua tahun di penjara.

Baru-baru ini Benjy sekali lagi didakwa atas kesalahan menyalahguna dadah jenis syabu dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada 26 Jun lalu.

Kredit -Mynewshub

7 Tempat Teraman di Dunia

1. London Tower


Di dalam London Tower, terletak perhiasan mahkota Inggris, Koh-i-Noor, dan berlian 109k, Star of Africa. London Tower dijaga dengan angkatan bersenjata, dinding baja dan ribuan kamera CCTV. Setiap perampok atau pencuri akan berpikir jutaan waktu untuk berpikir guna menembus sistem keamanannya.


2. Sealand 


Seperti namanya, Sealand adalah sebuah negara dengan tanah laut. Meskipun, tempat ini terpencil di tengah laut, area ini sepenuhnya dilindungi dan berdiri di yurisdiksi internasional sendiri. Lokasi itu sendiri terletak 10km di pantai Suffolk, Inggris. Tempat ini diatur oleh seorang raja dan daerah ini juga memiliki hari Kemerdekaan sendiri. 

3. Granite Bunker 


Granite Bunker merupakan suatu bunker tua yang telah digunakan sejak perang dingin. Bunker ini terletak di kota Salt Lake dan bunker itu sendiri dibangun 200 meter di dalam gunung granit. Pintu depan bunker dibuat dengan 12 ton logam. Pintu ini begitu kuat dan tak bisa ditembus bahkan oleh tembakan tank sekalipun. 

4. Norad Central 


Norad Central dikendalikan oleh Angkatan Udara Amerika Serikat dan masih beroperasi secara efektif sampai hari ini. Norad Central adalah sebuah bangunan yang dibangun 600 meter di bawah Gunung Cheyenne. Tempat ini dibingkai dengan 1,319 baja dan setiap baja memiliki berat 450kg. Bangunannya sendiri mencakup wilayah 18.000 persegi, kamar 14 x 180m dengan pintu 2 x 25 ton, dan 15 kamar dengan 3 tingkat. 


5. Bold Lane Parksafe 



Bold Lane Parksafe, Derby, Derbyshire, Inggris, dirancang untuk menjadi tempat parkir paling aman di dunia. Area parkir yang difasilitasi dengan sensor gerakan dan 190 kamera pengintai. Setelah sensor menunjukkan aktivitas mencurigakan, tim keamanan akan memeriksa segera. Pada tahun 2003, fokus BBC telah mencatatkan Bold Lane sebagai salah satu tempat paling aman di dunia. 


6. Fort Knox 


Fort Knox adalah salah satu tempat penyimpanan cadangan emas paling aman di AS. Bangunan ini terletak di Kentucky dan masih beroperasi sampai detik ini. Di dalam gedung, terdapat ribuan emas batangan, data rahasia pemerintah AS, dan termasuk naskah asli Magna Charta. Pintu dibuat dari 20 ton baja padat dan itu dijaga oleh pasukan terlatih dengan senjata berat, kamera pengintai, dan sistem keamanan elektronik lainnya. 


7. Area 51 


Area 51 adalah sebuah wilayah eksklusif bagi kebanyakan orang di AS dan seluruh dunia. Di daerah ini, Angkatan Udara AS, membangun dan menguji coba senjata baru mereka, rudal dan sistem pertahanan. Area 51 terletak di gurun Nevada dan di samping kegiatan rahasia mereka, tempat ini dikenal karena lokasi kecelakaan UFO.

Kereta Perisai Milik Kartel Dadah Mexico ( 32 Gambar ).

Kartel dadah di Mexico mempunyai tentera mereka sendiri bagi menentang pihak berkuasa dan juga kartel dadah yang lain yang cuba menyaningi mereka. Sungguhpun mereka mempunyai wang yang banyak mereka tidak mampu memdapatkan kelengkapan kereta perisai tentera.

Oleh sebab itu mereka terpaksa menghasilkan kereta perisai mereka sendiri menggunakan kenderaan awam, yang sedia ada. Ada yang melakukan pengubahsuaikan mudah dengan meletakkan armored cabin and cargo hold. Ada yang diubah secara menyeluruh dengan keseluruhan lori diletakkan besi kalis senjata api. 

Cool dan ganas jugak kereta perisai diorang ni.