Tuesday 16 July 2013

Akibat daripada menghina agama Islam di Facebook

Baru beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita pergaduhan di Klang yang membabitkan golongan remaja melayu dan india. Belum sempat kes itu reda, sekarang muncul lagi satu kes yang membabitkan pemuda cina pula.



Mangsa Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam. Mangsa yang dikatakan menghina Islam telah di pukul oleh 8 lelaki melayu menaiki Toyota Alphard kemudian di humban di Lebuhraya DUKE dalam keadaan bogel.



Semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi sebelum dilarikan. Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan tidak diapa-apakan. Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.


Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “Menghina ummat islam dan orang melayu di laman sosial Facebook dan Twitter”. Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam" yang menjadi sasaran untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama. Menurut sumber, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

MYKAKIINFO: KESIAN DIA, KORANG PUKUL DIA LEPAS TU CAMPAK TEPI HIGHWAY BUAT APA? BIARLAH ORANG BUAT KITA JANGAN KITA BUAT ORANG. DOAKAN SEMOGA DIA DI BERI HIDAYAT OK?. MALAYSIA KAN MASIH AMAN, JANGAN DI HURU-HARAKAN.

No comments:

Post a Comment