Selepas tiga hari bercuti bersama peminat di Bandung, pelakon Adi Putra terpaksa bergegas ke hospital ekoran anaknya yang dimasukkan ke wad akibat masalah pernafasan.
Adi yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan berita tersebut;
“Sebelum ini Adelia dah lama batuk. Kerana kahak yang banyak menyebabkan dia susah bernafas. Jadi, Adelia terpaksa ditahan dan perlu menjalani pembedahan kecil.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar semalam. InsyaAllah Adelia dijangka keluar esok.”
Adi juga memberitahu dia dan isterinya bersama-sama menjaga anak mereka sepanjang di hospital.
No comments:
Post a Comment