Tetapi hari ni aku buan nak bercerita mengenai Najwa Latif, sebab dah banyak kot entri post pasal dia dalam blog ni tetapi untuk kali ni aku nak memperkenalkan seorang lagi bakat yang muncul menerusi YouTube iaitu Ayu Videl, seorang youtuber daripada Indonesia.
Seperti Najwa Latif juga, Ayu Videl memuat naik video cover lagu di YouTube dengan imej seorang muslimah bertudung. Cuma bezanya populariti Ayu Videl tidak lah seperti Najwa Latif yang berjaya mengumpulkan jutaan peminat di seluruh dunia, terutamanya dalam kalangan YouTubers dan Vlogger.
Walaubagaimanapun, Ayu Videl masih lagi boleh dikatakan klon Najwa Latif di Indonesia kerana beliau pernah menyanyikan cover lagu Price Tag oleh Jessie J, yang juga pernah dicover oleh Najwa Latif sendiri. Jom kita tengok video cover daripada kedua-dua mereka ini;
Macam mana? Bagi anda sebagai pendengar, siapa yang korang rasa lebih baik dan best? Hehehe.. Kalau nak jawab, kotak komen ada.. kalau tak nak jawab, simpan dalam hati pun boleh. Seeloknya elakkan pergaduhan sebabnya aku confirm mesti ada nanti yang timbulkan isu kenegaraan.
Harap takde lah ye, sebab kita sekarang tengah bercakap mengenai isu muzik, so jangan bertindak membabi buta. Siapa melampau, akan di banned.. Hehehe, sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment