Monday 15 July 2013

Halle Berry kahwin kali ketiga


Aktres Hollywood terkenal, Halle Berry sah menjadi isteri kepada aktor Olivier Martinez dalam satu upacara perkahwinan di Chateau des Conde yang terletak di kawasan desa Burgundy, Perancis.

Dipetik daripada laporan UsWeekly, satu sumber memberitahu pasangan ini telah dikahwinkan dalam dua upacara iaitu sivik dan keagamaan pada petang Sabtu di hadapan kira-kira 60 tetamu yang terdiri daripada teman rapat dan ahli keluarga yang majoritinya adalah keluarga Martinez.

Berry yang kini sedang hamil enam bulan telah memakai gaun ringkas berwarna krim dan anak perempuannya hasil hubungan dengan bekas teman lelaki Gabriel Aubry, Nahla, turut berada di sisi ibunya itu.

Berry, 46, dan Martinez, 47, mula menjalinkan hubungan cinta selepas bertemu di set penggambaran filem "Dark Tide" pada 2010 dan mengikat tali pertunangan pada awal tahun 2012.

Pada April lalu, pasangan ini mengumumkan bahawa mereka bakal menimang anak lelaki yang dijangka lahir pada Oktober ini.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Berry yang sebelum ini pernah mengahwini pemain bola keranjang, David Justice pada awal 1990-an dan penyanyi Eric Benet. Manakala ini adalah perkahwinan pertama buat Martinez yang sebelum ini pernah bercinta dengan penyanyi berasal dari Australia, Kylie Minogue.

No comments:

Post a Comment