Thursday, 11 July 2013

Inilah Kisah 9 Mayat Pemimpin Yang Di Awetkan

Vladimir Lenin

Vladimir Ilyich Lenin adalah ahli politik dan pemimpin terkenal dari Kesatuan Soviet pada 1917. Dia meninggal pada 1924. Lenin diserang stroke beberapa kali setelah ditembak musuh politiknya, Fanny Kaplan.
Sebelum meninggal Lenin sebenarnya berwasiat untuk dimakamkan di samping makam ibunya. Namun diktator Joseph Stalin tetap membenarkan rakyatnya untuk menziarahi jasad Lenin. Kerana yang datang makin banyak, maka kerajaan Kesatuan Soviet memutuskan untuk tidak menanam dan mengawetnya.
Kemudian jasad Lenin disemayamkan dalam peti kaca di Mausoleum Lenin, yang terletak di Lapangan Merah Moscow. Hingga kini, masih banyak orang melawat jasad Lenin di Mausoleum itu.
Gereja Ortodoks Rusia telah meminta Moscow untuk menguburkan jasad Lenin berdampingan dengan keluarganya melalui proposal yang dihantar. Namun hingga kini tak ada jawapan rasmi dari Kerajaan Rusia.



Kim Il Sung

Bapa pengasas bangsa Korea Utara meninggal pada 8 Julai 1994 kerana serangan jantung. Jasadnya kemudian dibalsem dan disemadikan di peti kaca.
Jasad Kim Il Sung kemudian dibaringkan di Mausoleum Istana Kumsusan, Pyongyang yang dirasmikan tepat setahun selepas itu.


Ho Chi Minh

Pemimpin dan pengasas negara Vietnam ini meninggal kerana serangan jantung pada 2 September 1969 di Hanoi, tepat ketika Dirgahayu Republik Demokratik Vietnam ke-44. 

Pada ketika itu masih Perang Vietnam. Jasad Paman Ho, demikian rakyat Vietnam akrab memanggilnya, dibalsem dan disemadikan di Mausoleum Ho Chi Minh, di Lapangan Ba Dinh, Hanoi.
Kini Mausoleum Ho Chi Minh masih diziarahi baik oleh warga Vietnam dan pelancong dari luar negara.


mao Zedong

Pemimpin dan pengasas negara Republik Rakyat China (RRC) ini meninggal pada 9 September 1976. Jasadnya kemudian dibalsem dan ditempatkan di peti kaca di Mausoleum Mao Zedong, yang terletak di salah satu sisi Lapangan Tiananmen, Beijing, China
Padahal Mao pernah berwasiat bahawa dia ingin dibakar dan menjadi salah satu daripada pejabat tinggi China pertama yang menandatangani proposal bahawa 'Semua Pemimpin Pusat di China dibakar Setelah Mati' pada November 1956.


Ferdinand Marcos

Pemimpin diktator Filipina, Ferdinand Marcos, meninggal pada tahun 1989 di Honolulu, Hawaii, AS kerana penyakit buah pinggang, jantung dan paru-paru. Ketika itu Marcos memang sedang dalam pelarian ke luar negeri.
Akhirnya Kerajaan Filipina membenarkan jasadnya dibawa kembali ke negara itu pada 1993. Si isteri, Imelda Marcos memperjuangkan agar Kerajaan Filipina membenarkan suaminya dikebumikan di taman makam presiden. Namun nampaknya gagal.
Jasad Marcos kemudian diawetkan dan diletak di ruang bawah tanah yang disejukkan dalam mausoleum peribadi Byodo-In di Pulau Oahu, barat daya Filipina pada 1996 hingga kini.


Joseph Stalin

Penerus Vladimir Lenin, iaitu Joseph Stalin meninggal kerana stroke-yang dicurigai diracun dengan racun tikus warfarin oleh salah satu dari musuh politiknya-pada 5 Mac 1953 dan kemudian dibalsem pada 9 Mac 1953. Jasad diktator Soviet ini kemudian diawetkan dan diletak di sebelah Lenin di Mausoleum Lenin hingga 31 Oktober 1961.
Setelah itu Kerajaan Soviet memerintahkan jasad Stalin dipindahkan dari Mausoleum Lenin dan dikuburkan di Tembok Kremlin. Pekara ini terjadi pada masa de-Stalinisasi oleh penggantinya ketika itu Nikita Krushcev, masa di mana mengurangkan dan menghilangkan pengaruh Stalin dari perpolitikan di Soviet.
Tidak hanya memindahkan jasad Stalin untuk dikebumikan, sejumlah nama tempat dan nama jalan yang mengandungi kata 'Stalin' pun diubah. Seperti, Stalingrad menjadi Volgograd, Stalinabad menjadi Dushanbe.


Kim Jong Il

Pemimpin Korea Utara (North Korea) Kim Jong Il meninggal pada usia 82 kerana serangan jantung pada akhir 2011. Pada Januari 2012, Korea Utara mengumumkan jasad Kim Jong Il diawetkan dan disemayamkan dalam peti kaca di Mausoleum Istana Kumsusan, Pyongyang, di tingkat di bawah Kim Il Sung, ayahnya.


Evita Peron

Pemimpin Spiritual Argentina ini meninggal dunia pada usia 33 tahun kerana penyakit kanser pada 26 Julai 1952. Ketika itu suaminya, Juan Peron masih berkuasa menjadi Presiden Argentina. Jasad Evita dibalsem dengan menggantikan gliserin sebagai darahnya dan menurut doktor yang membalsem, jasad Evita 'tak dikorupsi sama sekali'.
Jasad Evita kemudian dipamerkan dalam peti kaca di pejabatnya ketika masih hidup selama 2 tahun. Monumen untuk persemayaman Evita sedang dibina oleh Juan Peron. Tetapi belaku rampasan kuasa. Jasad Evita telah ghaib secara misteri selama 16 tahun. Dari 1955-1971, kerajaan tentera yang diktator melarang rakyatnya untuk menyimpan benda yang berkaitan dengan Evita dan Peron..
Hingga terungkap tahun 1971, kerajaan tentera memindahkan jasad Evita di ruang bawah tanah di Milan, Itali dengan nama 'Maria Maggi'. Ketika itu Juan Peron yang sedang dalam buangan di Sepanyol akhirnya membawa jasad Evita dan disimpan di ruang makannya di Sepanyol.
Peron kembali ke Argentina tahun 1973 dan kembali menjadi Presiden . Peron meninggal pada 1974 dan terus digantikan isteri ketiganya Isabel Peron, yang sebelumnya menjadi wakilnya. Akhirnya oleh Isabel, jasad Evita dan Peron dikebumikan di makam keluarga, Pemakaman La Recoleta.

Hugo Chavez

Presiden Venezuela Hugo Chavez meninggal pada 5 Mac 2013 selepas berjuang mengatasi penyakit kanser selama 2 tahun . Naib Presiden Nicolas Maduro mengatakan bahawa jasad Chavez akan dibalsem dan dipamerkan di dalam gelas kaca dalam Muzium Revolusi yang tidak jauh dari Istana Presiden Miraflores.
"Kami memutuskan untuk mengawetkan jasad 'Comandante President' agar sentiasa terbuka setiap waktu pada rakyatnya. Seperti Ho Chi Minh, seperti Lenin, seperti Mao Zedong," kata Maduro pada Khamis (8/3/2013) lalu.
Setelah diawetkan, jasad Chavez akan dimasukkan dalam peti kristal di Muzium Revolusi.
Presiden Hugo Chavez sangat dicintai rakyatnya kerana beliau berjaya menasionalisasi pelbagai syarikat asing di Venezuela, menggratiskan kos pendidikan hingga perguruan tinggi, serta mengurangkan angka kemiskinan hingga 75% dengan pelbagai polisi yang pro rakyat miskin. 

Polisi luar negeri juga tak luput dari perhatiannya, ia membahagi-bahagikan sumber minyak Venezuela kepada negara amerika latin untuk mengangkat ekonomi, Ia juga terkenal sebagai peribadi yang anti Amerika, bahkan Venezuela dimasa kepemimpinannya keluar dari ahli IMF dan Bank Dunia yang notabene adalah produk Amerika .

No comments:

Post a Comment