Tuesday 16 July 2013

Kondom Jenama Louis Vuitton Berharga RM200 Sekeping ( 3 Gambar ).

Kondom LV? Biar betul. Memang betul ni. Logik la kalau harga dia mahal sebab jenama LV ni memang mahal gila. Tapi, kondom ni bukan dikeluarkan oleh LV pun.


Louis Vuitton merupakan jenama pakaian dan aksesori mewah yang menjadi kegilaan ramai terutama golongan kaya dan terkemuka. Antara barangannya yang terkenal adalah beg kulitnya.

Baru-baru ini seorang arkitek dari Georgia, Irakli Kiziria telah mereka bentuk kondom yang menggunakan jenama mewah itu. Ia dijual dengan harga kira-kira RM200 sekeping.

Seluruh lapisan kondom berwarna cokelat itu mempunyai logo LV, ia juga dibungkus dengan plastik jenama yang sama.


Tetapi pada mereka yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan kondom itu, maaf, ia tidak dijual di mana-mana butik LV. Malah, sebenarnya, ia tiada kaitan pun dengan syarikat tersebut.

Cuma Kiziria mencipta kondom jenama itu semata-mata untuk mendapatkan dana bagi disalurkan kepada Yayasan Penyelidikan AIDS (amfAR). Difahamkan, sejak berada di pasaran, permintaan terhadap kondom mewah ini melonjak tinggi.


No comments:

Post a Comment